Tuesday, October 12, 2010

MENGAPA USUL YB LIM KIT SIANG DI TOLAK

Semalam YB Ipoh Timur telah mencadangkan satu usul terhadap Penjawat Awam yang telah mengeluarkan pernyataan racist.

Saya sendiri amat kecewa terhadap Penjawat Awam tersebut, tetapi apa yang pasti ialah satu tindakan akan di kenakan dan kita harus menunggu apa tindakan yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dan JPA terhadap Penjawat Awam tersbut.

Dalam pada masa itu, ada yang cuba memutar-belitkan penolakan usul tersebut. Biarlah saya memberi penerangan mengapa usul tersebut di tolak;

Tuan Yang di-Pertua menyatakan bahawa ada 3 perkara yang harus di ambil kira sebelum memberi pertimbangan kepada usul tersebut, iaitu seperti berikut;

1. bahawa perkara itu tertentu;
2. bagi kepentingan orang ramai; dan
3. ia berkehendak untuk di segerakan.

Setelah Tuan Yang di-Pertua meniliti aspek-aspek tersebut beliau mendapati bahawa usul itu merupakan perkara tertentu dan ianya juga adalah bagi kepentingan orang ramai.

Walau bagaimana pun, beliau menyatakan bahawa oleh kerana kerajaan melalui Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah memulakan tindakan tatatertib ke atas kedua-dua penjawat awam berkenaan.

Oleh kerana sebab ke-3 tersebutlah maka Tuan Yang di-Pertua menolak usul tersebut.

Biarlah kita lihat apa tindakan yang akan diambil sebelum kita mengambil tindakan selanjutnya.

No comments: