Friday, December 23, 2011

A NOTE FROM THE SOCIETY OF THE BLIND OF MALAYSIA

On behalf of the blind community in Malaysia, the Society of the Blind in Malaysia (SBM) welcomed and is pleased to learn that our request to allow the blind voters to bring our relative or friend, whom we trust to assist us during ballot has been accepted by the Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reform, and recommended to the Parliament for approval. With this move, the blind now, will be able to cast their vote in confidence knowing that our choice will be followed by our trusted helper.
 
SBM would like to thank the PSC for listening and empathize with us on the difficulty the blind faced during ballot. The PSC was chaired by YB Dato’ Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili and its members consist of YB Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad, YB Tan Sri Dr. Fong Chan Onn, YB Datuk Alexander Nanta Linggi, YB Kamalanathan a/l Panchanathan, YB Mohamed Azmin Ali, YB Loke Siew Fook, YB Dr. Mohd Hatta Md. Ramli and YB Wee Choo Keong.
 
We hope that the recommendation can be implemented at the 13th GE without any opposition from all parties.
 
SBM would also like to call upon all registered blind voters to come out and vote for our chosen candidate in the coming GE to ensure the future of our country. To those that yet to be registered themselves due to the lack of confidence in our electoral system; SBM urged all of you to register yourself in order not to miss your voting right in view of the fact that our request has been accepted by the Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reform
 
 
 
LOH KONG KEN
Pengerusi/ Chairman
Jawatankuasa Komunikasi & Aksesibiliti/ Communication & Accessibility Committee

Tuesday, December 13, 2011

THE ESTABLISHMENT OF COMPUTING PROFESSIONALS MALAYSIA (BCPM)

Recently, there was a misconception about the proposed BCPM Act currently being drafted by the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI). The claim is that the new Act will regulate computing practitioners and force them to register with a new Board called the Board of Computing Professional and that those who are not registered with this new board would not be allowed to practise programming, software engineering or apply for government tenders regardless of their years of experience or other qualifications.

MOSTI would like to assure all concerned parties that the establishment of the proposed BCPM is a body that will give recognition to the information, technology and communication (ICT) practitioners in the country as professionals in their respective computing domain. BCPM does not aim to regulate the computing profession in the nation but only applies to those that are identified as Critical National Information Infrastructure (CNII) entities with the intent to safeguard the interest of the nation in view of the current dynamic and challenging global environments. CNII is defined as those assets, systems and functions that are vital to the nation that their incapacity or destruction would have a devastating impact on National economic strength or National image or National defence and security or Government capability to function or Public health and safety. The CNII entities will be as identified by the The Chief Government Security Office (CGSO).

As for the need to be registered as Computing Professionals with BCPM, it is not mandatory. Registration with the BCPM does not apply only to graduates from the computing domain but will also take into consideration those from other disciplines with adequate computing experiences as well as those with professional qualifications in their respective computing domain.

Why do we need this Act? The need of this Act is to achieve the following objectives:
• Enhance the value of the profession as it will require registered members to possess minimum levels of qualification/experience;
• Raise professional standards by developing and maintaining a code of conduct for computing professionals;
• Review qualifications offered by other bodies in order to serve as a guide and reference when gauging which certifications are valid and relevant;
• Provide some level of assurance of the quality of computing professionals to employers who hire those who are registered by BCPM;
• Enhance the supply of ICT manpower in the country and help the nation achieve the goals of the New Economic Model in becoming a productive high-income nation; and
• Serve as a central repository of all computing professionals and practitioners in the country.

The vision of BCPM is to ensure that all computing services provided by the Malaysian Computing Professionals are globally recognised and with full regards to the public interest in mind. BCPM’s mission is to elevate the standing, visibility and recognition of Computing Professionals to ensure that computing services provided by the Computing Professionals in the country are in compliance with appropriate legislation and policies.

Within the context of this draft BCPM Bill, “Computing” has been defined as a goal-oriented activity to plan, architect, design, create, develop, implement, use and manage information technology or information technology systems.

In coming up with the draft of the BCPM Bill, MOSTI has initiated an effort to ensure the views of all key stakeholders are taken into consideration. With this intent, MOSTI has engaged various parties from both the private and public sectors such as the Ministry of Information, Communications and Culture, Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), Public Service Department of Malaysia, Malaysian Administration Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU), National Security Council, CGSO, National ICT Deans Council (MADICT), National Professors Council, Association of the Computer and Multimedia Industry Malaysia (PIKOM), Multimedia Development Corporation (MDeC), CyberSecurity Malaysia, MIMOS Berhad and Malaysian National Computer Confederation (MNCC) to deliberate and confer on all pertaining issues on the subject matter of computing professionals in the country.

Saturday, December 3, 2011

SYOR 10 PSC: PENGUKUHAN SPR

10.1 Jawatankuasa mengambil maklum akan keperluan dan kepentingan bagi mengukuhkan SPR yang berkait rapat dengan Perkara 114(2) Perlembagaan Persekutuan yang jelas tentang peri mustahaknya suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam.

10.2 Bagi tujuan tersebut, Jawatankuasa mengesyorkan seperti yang berikut:

a. bagi menjelaskan keadaan SPR kepada pihak awam bahawa SPR adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, maka peruntukan mengenai kebebasan SPR hendaklah diperjelas dalam undang-undang;

b. bagi menjamin SPR menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan, maka kuasa yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada SPR bagi memastikan penguatkuasaan peruntukan berkaitan undang-undang pilihan raya dan kebergantungan kepada pihak-pihak yang lain dapat dikurangkan, maka keperluan sumber manusia SPR hendaklah ditambah dan dinaik taraf perjawatan sedia ada serta peruntukan kewangan yang mencukupi sesuai dengan peranan, tanggungjawab, bebanan dan cabaran semasa.

SYOR 9 PSC: PENAMBAHBAIKAN PROSES PENCALONAN

9.1 Jawatankuasa mengesyorkan supaya proses bantahan pada hari penamaan calon dimansuhkan.

9.2 Jawatankuasa juga mengesyorkan supaya tempoh penarikan balik pencalonan dibatalkan.

9.3 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan bantahan pada hari penamaaan calon dan tempoh penarikan balik pencalonan akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

SYOR 8 PSC: KETELUSAN PROSES MENGUNDI

8.1 Jawatankuasa mengambil maklum usaha-usaha berterusan yang dilaksanakan oleh SPR dalam mempertingkatkan ketelusan proses mengundi.

8.2 Jawatankuasa seterusnya mengesyorkan supaya SPR meneliti usaha-usaha bagi meningkatkan ketelusan iaitu:

8.2.1 Nombor Siri Kertas Undi

8.2.1.1 Jawatankuasa mengambil maklum nombor siri kertas undi diadakan untuk tujuan rekod dan semakan sekiranya berlaku
lebihan kertas undi selepas proses pengundian dilaksanakan.

8.2.1.2 Jawatankuasa mengambil maklum adanya kebimbangan bahawa dengan wujudnya nombor siri di atas kertas undi tidak dapat
mengekalkan kerahsiaan undi.

8.2.1.3 Jawatankuasa mengesyorkan supaya nombor siri pada kertas undi ditiadakan dan hanya dikekalkan nombor siri pada keratan kertas undi (counterfoil) sahaja.

8.2.2 Mengenal Pasti Pengundi Yang Hadir

8.2.2.1 Jawatankuasa mengambil maklum terdapatnya keraguan daripada ejen-ejen tempat mengundi bahawa susun atur yang sedia ada tidak membolehkan mereka mengenal pasti dengan lebih jelas pengundi yang hadir.

8.2.2.2 Jawatankuasa mengesyorkan susun atur dalam tempat mengundi (saluran) disusun semula bagi membolehkan ejen tempat mengundi mengenal pasti dengan lebih jelas pengundi yang hadir untuk mengundi.

8.2.3 Membenarkan Mereka Yang Dipercayai Oleh OKU Membantu Menandakan Kertas Undi

8.2.3.1 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa undang-undang yang sedia ada, khususnya subperaturan 19(7) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 hanya membenarkan saudara terdekat sahaja iaitu bapa, ibu, abang atau adik lelaki, kakak atau adik perempuan, isteri, suami, anak lelaki atau anak perempuan. yang dapat membantu pengundi OKU menandakan kertas undi.

8.2.3.2 Jawatankuasa mengesyorkan supaya orang yang dibawa oleh pengundi yang tidak berdaya oleh sebab buta atau kecacatan fizikal lain untuk membantu menandakan kertas undi bagi pihaknya dengan syarat orang yang dibawa itu adalah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.

8.2.4 Proses Ulang Kira Kertas Undi

8.2.4.1 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa undang-undang yang sedia ada, khususnya subperaturan 25(13) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang memperuntukkan jika perbezaan antara bilangan undian oleh pemilih yang terbanyak dengan bilangan undian kedua terbanyak adalah 4% atau kurang daripada jumlah bilangan undi, maka atas permintaan mana-mana calon atau ejen pilihan raya atau ejen mengiranya suatu pengiraan semula hendaklah dibuat sekali sahaja di tempat mengundi (saluran). Proses mengira undi dibuat di saluran dijalankan bagi mengelakkan kiraan undi yang melibatkan keseluruhan tempat mengundi yang tidak terlibat
dengan apa-apa permohonan untuk pengiraan semula.

8.2.4.2 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa tiada peruntukan undang-undang sedia ada yang memperuntukkan ulang kira dijalankan di pusat penjumlahan rasmi undi walau apapun perbezaan peratusannya.

8.2.4.3 Jawatankuasa mengesyorkan jika terdapat perbezaan antara bilangan undian oleh pemilih yang terbanyak dengan bilangan undian kedua terbanyak adalah 2% atau kurang di pusat penjumlahan rasmi undi, ulang kira hendaklah dibuat jika ada permohonan.

8.2.5 Penandaan Kertas Undi Yang Seragam

8.2.5.1 Jawatankuasa mengambil maklum tiada penandaan secarakhusus bagi seseorang pengundi untuk menanda dalam kertas undi.

8.2.5.2 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR hanya menerima penandaan tanda “X” di sebelah kanan kertas undi bersetentangan dengan nama calon yang diundinya sebagai undi yang sah.

SYOR 7 PSC: PAMERAN RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN

7.1 Jawatankuasa mengambil maklum tujuan diadakan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada bakal pemilih dan pemilih untuk menyemak butir-butir pendaftaran dalam daftar pemilih tambahan di samping membuat tuntutan dan bantahan, jika layak.

7.2 Jawatankuasa juga mengambil maklum akan kepentingan tuntutan dan bantahan semasa pameran daftar pemilih tambahan diadakan bagi memastikan hak pemilih yang layak didaftarkan.

7.3 Jawatankuasa mengambil maklum akan aduan mengenai tempoh pameran selama tujuh (7) hari yang sedia ada tidak mencukupi untuk membolehkan semakan dan siasatan dibuat ke atas senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan yang dipamerkan. Di samping itu, fi yang dikenakan dianggap membebankan pembantah dan ada had dikenakan bagi maksud jumlah orang yang hendak dibantah.

7.4 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meneliti perkara-perkara berhubung pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan seperti yang berikut:

a. memanjangkan tempoh pameran kepada 14 hari;
b. membatalkan kadar fi RM10 yang dikenakan kepada pembantah; dan
c. membatalkan had maksimum bilangan orang yang hendak dibantah.


7.5 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR meminda peraturan yang sedia ada untuk membolehkan bantahan dibuat terhadap Daftar Pemilih Induk.

7.6 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dan perkara-perkara berkaitan dengannya akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

SYOR 6 PSC: PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH

6.1 Jawatankuasa mengambil maklum usaha berterusan SPR dalam membersihkan daftar pemilih termasuklah mempamerkan nama-nama pemilih yang rekodnya tidak dapat dipastikan kesahihannya. Usaha-usaha berterusan itu termasuklah memotong.

a. nama-nama pemilih yang telah disahkan meninggal dunia;
b. nama-nama pemilih yang telah dilucutkan atau melepaskan kewarganegaraannya;
c. nama-nama pengundi tidak hadir (PTH) yang hilang kelayakan;
d. rekod anggota tentera dan polis yang telah menamatkan perkhidmatan; dan
e. nama-nama pemilih biasa yang menyertai tentera dan polis.


6.2 Walau bagaimanapun, Jawatankuasa mengambil maklum masih terdapat keraguan tentang daftar pemilih yang bersih, khususnya di Sabah mengenai nama yang didakwa tidak layak berada dalam daftar pemilih atas apa jua sebab.

6.3 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR melantik MIMOS Berhad untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu berikut dan melaporkan balik penemuan kepada Jawatankuasa:

a. dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama;
b. pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih;
c. pengundi yang berumur 90 tahun dan ke atas;
d. pemilih bukan warga tempatan;
e. ramai pemilih dalam satu alamat; dan
f. pengundi hilang kelayakan.


6.4 Jawatankuasa ini juga mengesyorkan supaya SPR mengadakan pemerakuan semula senarai daftar pemilih di Sabah.

6.5 Jawatankuasa mengambil maklum permintaan dan desakan pelbagai pihak dari pendengaran awam di Kota Kinabalu supaya satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan bahawa terdapat rakyat negara asing memperolehi status kewarganegaraan dan terlibat dalam proses pendaftaran pemilih khasnya di Sabah. Walaupun perkara ini adalah luas dan luar daripada terma rujukan utama Jawatankuasa ini, namun Jawatankuasa mengesyorkan supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan sebagai langkah penyelesaian jangka panjang.

6.6 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan cara pengundian akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

Friday, December 2, 2011

SYOR 5 PSC: PENUKARAN KAWASAN PENDAFTARAN (ALAMAT PUSAT MENGUNDI)

5.1 Jawatankuasa mengambil maklum penentuan kawasan pendaftaran bagi seseorang pemilih adalah berdasarkan alamat terkini yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

5.2 Jawatankuasa juga mengambil maklum terdapat aduan daripada pemilih, antaranya aduan berhubung dengan pertukaran kawasan pendaftaran dibuat tanpa pengetahuan pemilih berkenaan.

5.3 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR memastikan mana-mana permohonan penukaran kawasan pendaftaran (pusat mengundi) disertakan dengan suatu akuan berkanun (statutory declaration) oleh pemohon.

5.4 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan penukaran kawasan pendaftaran akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

SYOR 4 PSC: PENGUNDI LUAR KAWASAN

4.1 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pengundi luar kawasan bermaksud pengundi yang berada di luar kawasan bahagian pilihan raya yang baginya diuntukkan dalam daftar pemilih.

4.2 Jawatankuasa mengambil maklum kesukaran pengundi luar kawasan dari Sabah dan Sarawak yang berada di Semenanjung atau dari Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak atas urusan kerja untuk kembali pada hari mengundi ke kawasan bahagian pilihan raya baginya dalam daftar pemilih.

4.3 Jawatankuasa mengesyorkan supaya SPR membolehkan pengundi luar kawasan yang disebut dalam subperenggan 4.2 untuk mengundi tanpa perlu kembali ke kawasan pendaftaran asal masing-masing pada hari mengundi.

SYOR 3 PSC: PENGUNDI TIDAK HADIR LUAR NEGARA

3.1 Jawatankuasa mengambil maklum pengundi tidak hadir luar negara yang ditetapkan dalam undang-undang sedia ada adalah kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan serta pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan.

3.2 Jawatankuasa mengesyorkan SPR melaksanakan langkah-langkah yang perlu untuk meluaskan kategori pengundi tidak hadir luar negara kepada semua warganegara Malaysia yang layak.

3.3 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan pengundi tidak hadir luar negara akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

SYOR 2 PSC: PENGUNDIAN AWAL

2.1 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pengundian awal tiada diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang berhubung dengan pillihan raya.

2.2 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pengundian awal bermaksud pengundian yang dijalankan pada tarikh yang lebih awal dari tarikh pengundian biasa.

2.3 Jawatankuasa mengesyorkan bahawa kategori pemilih yang dibenarkan mengundi awal adalah terdiri daripada golongan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis.

2.4 Jawatankuasa mengesyorkan mana-mana anggota tentera dan polis tidak termasuk pasangan yang tidak dapat mengundi awal kerana bertugas di perbatasan dan lapangan hendaklah memohon untuk mengundi secara pos.

2.5 Jawatankuasa mengesyorkan supaya seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi (Peraturan 3 (1) (b), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos ) 2003) dan seorang anggota SPR yang dilantik dibawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan (Peraturan 3 (1) (e), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos )2003) sebagai kategori pemilih yang boleh dibenarkan mengundi awal serta meluaskan kategori pengundi awal kepada doktor, jururawat dan wartawan.

2.6 Tatacara pelaksanaan pengundian awal hendaklah menjamin ketelusan seperti proses pengundi awam oleh SPR.

2.7 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan pengundian awal akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

SYOR 1 PSC: PENGUNAAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK)

1.1 Jawatankuasa mengambil maklum akan pandangan dan cadangan daripada pihak-pihak berkenaan berhubung dengan penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan tuduhan mana-mana orang dalam pilihan raya yang sama mengundi lebih daripada sekali.

1.2 Jawatankuasa mengesyorkan penggunaan dakwat kekal (indelible ink) dalam proses pengundian bagi pilihan raya umum ke-13. Bagi syor ini, Jawatankuasa mendapati bahawa pindaan hanya perlu dibuat kepada peraturan berhubung dengan pilihan raya sahaja tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan. SPR perlu menyegerakan proses pindaan peraturan-peraturan yang berkaitan untuk kuatkuasa.

1.3 Tatacara pelaksanaan penggunaan dakwat kekal akan ditentukan oleh SPR.

1.4 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan cara pengundian akan melibatkan pindaan kepada peraturan yang berkenaan.

Monday, November 21, 2011

KERAJAAN PERSEKUTUAN AKAN MEMBELANJAKAN RM4.8 JUTA UNTUK MENAIK TARAF LOGISTIK AIR DI HULU SELANGOR

Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), Kerajaan Persekutuan telah meluluskan siling sebanyak RM95 juta untuk pelaksanaan Program Penggantian Paip Lama Serta Paip Perhubungan Kritikal bagi Mengurangkan Kadar Kehilangan Air Tidak Berhasil di Negeri Selangor pada Rolling Plan Pertama RMKe-10 bagi tahun 2011 sehingga 2012.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM16.5 juta adalah diperuntukkan untuk tahun 2011 yang melibatkan pelaksanaan lapan (8) pakej projek termasuklah satu (1) pakej projek di Kawasan Hulu Selangor iaitu di Huli Bernam 2 dan Kampung Sungai Choh.

Bagi projek di Hulu Bernam 2, ia meliputi kerja-kerja penggantian paip Asbestos Cement (AC) kepada jenis paip Ductile Iron (DI) sepanjang 5 kilometer, manakala, di Kampung Sungai Choh pula melibatkan kerja-kerja penggantian paip jenis AC kepada jenis paip DI sepanjang 2.7 kilometer.

Anggaran kos bagi pelaksanaan pakej projek tersebut di kedua-dua kawasan berkenaan adalah berjumlah RM4.81 juta.

Monday, November 14, 2011

BAGAIMANA LYNAS DAPAT MEMBANTU GEBENG & MALAYSIA

- Menghasilkan bahan mentah/input yang penting bagi keluaran berteknologi tinggi seperti compact florescent lamp, auto catalytic converter, flat panel displat, disk drives dan super magnets for renewable energy industry;

- Mewujudkan peluang pekerjaan kepada seramai 400 orang rakyat tempatan;

- Meningkatkan pendapatan pertukaran mata asing negara dengan pelaburan sebanyak RM1.74 bilion;

- Pemindahan teknologi dengan menyediakan latihan berjumlah RM2.7 juta setahun kepada pekerja-pekerja tempatan;

- Membelanjakan sebanyak RM11.03 juta untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan;

- Pembelian bahan mentah tempatan yang dianggarkan sebanyak RM130 juta setahun; dan

- Menjana aktiviti ekonomi perkhidmatan tempatan sebanyak RM23.3 juta setahun dan penggunaan utiliti seperti elektrik dan air yang berjumlah RM38.6 juta setahun.

Saturday, November 12, 2011

BENARKAH PENDAPAT MASYARAKAT TEMPATAN GEBENG TIDAK DI AMBIL KIRA DALAM ISU LYNAS?

Projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. diluluskan lesen pengilangan selepas Kerajaan menilai aspek keselamatan awam berdasarkan kepada dua Akta yang berkaitan iaitu:

• Akta Pelesenan Tenaga Atom, 1984 di bawah Lembaga Pelesanan Tenaga Atom (LPTA); dan

• Akta Kualiti Alam Sekitar, 1970 di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Standard keselamatan dan amalan baik yang dikuatkuasakan oleh dua badan penguatkuasa tersebut adalah sama atau setara yang diiktiraf antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ekoran kebimbangan masyarakat tempatan berhubung dengan keselamatan projek tersebut, satu Panel Pakar Bebas Antarabangsa telah dilantik oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) untuk mengkaji semula semua aspek kesihatan dan keselamatan projek ini.

Anggota panel yang terdiri daripada 9 orang pakar dari IAEA, Kanada, India, United Kingdon, Belanda dan Afrika Selatan telah melawat Malaysia dan 29 Mei hingga 3 Jun 2011 dalam misi mencari fakta yang turut melibatkan penjumpaan dengan pihak awam termasuk persatuan penduduk, kumpulan komuniti, organisasi bukan kerajaan, badaan profesional dan parti politik, bagi mendapatkan pandangan-pandangan.

Pada 30 Jun 2011, Panel Pakar telah mengemukakan laporan lengkap di mana antara penemuan utama ialah Syarikat Lynas sehingga kini telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh LPTA dan JAS. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard keselamatan IAEA.

Panel Pakar telah mengemukakan 11 saranan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pihak awam dan alam sekitar terpelihara. Kerajaan menerimapakai semua saranan dalam laporan Panel tersebut dan akan memastikan kesemuanya dilaksanakan.

Lynas juga perlu mengemukakan plan pengurusan sisa untuk kelulusan LPTA sebelum dibenarkan memulakan operasi. Pelan ini akan diedarkan untuk pengetahuan pihak awam apabila ianya diluluskan kelak.

Friday, November 11, 2011

NASIHAT YB DATO' SERI HADI AWANG KEPADA AHLI-AHLI PAS MENGENAI ISU LYNAS

Semasa Mutamar PAS ke-57 pada Jun 2011 beberapa isu telah dibangkitkan oleh perwakilan termasuklah isu Lynas di mana usul telah dibentangkan supaya Kerajaan menghentikan projek tersebut. YB Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS di dalam ucapan penggulungannya telah menyatakan bahawa isu ini perlu dirujuk kepada Pakar. Beliau seterusnya menambah bahawa PAS mempunyai pakar nuklear, iaitu YB Dr. Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat.

Semasa ditemuramah oleh Karam Singh Walia di dalam segmen khas mengenai Lynas di TV3 pada September 2011, YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang seorang saintis nuklear telah menyatakan bahawa Lynas bukan sebuah loji nuklear tetapi hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld, Australia yang lebih rendah dari segi radiasinya kalau dibandingkan dengan lombong bijih.

Beliau turut menyatakan bahawa penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas. Tuduhan yang dibuat oleh kumpulan anti-Lynas adalah tidak saintifik dan tidak akademik langsung. YB Dr. Che Rosli turut mengakui kilang kimia Lynas adalah selamat setelah dilihat dari segi infrastrukturnya, bahan yang dibawa dan kaedah-kaedah pemantauan oleh agensi-agensi seperti Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Nuklear Malaysia.

Pandangan beliau turut disokong oleh Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan. Beliau berpandangan risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara jika ia berpadanan dengan manfaat. Beliau menambah bahawa dos sinaran yang dikeluarkan oleh aktiviti projek Lynas terlalu rendah setara dengan yang sedia ada dalam alam sekitar dan memenuhi standard piawaian antarabangsa Oleh itu, tidak logik menyamakan kilang Lynas dengan loji nuklear di Fukushima, Jepun.

Prof. Ahmad Termizi juga menyangkal pembohongan bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu. Lynas mempunyai lesen untuk beroperasi di Australia tapi kos tinggi. Syarikat memilih Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia.

Sunday, November 6, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan semua rakan-rakan saya yang beragama Islam Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Sempena Hari Raya korban ini, semua kaum dan setiap rakyat Malaysia perlu bermuhasabah diri dan melihat kembali sejarah pembentukan negara kita yang tercinta ini.

Tanyalah diri apa yang sanggup kita korbankan untuk negara Tanah Tumpah nya Darah ku ini.

Tuesday, November 1, 2011

MY PROPOSAL ON THE ELECTORAL REFORMS

Today during the 2nd Parliamentary Select Committee - Electoral Reform meeting held at the Parliament, I presented my suggestion and opinion on the Reforms that should be considered. 

I would like to thank my colleagues Ravi, Lokman, Ashvin, Adilah, Dhinesh, MIC party members and my friends in Facebook & Twitter who gave me many inputs to be presented in the meeting. 

I spoke on Electoral Reforms: a practical approach to selected measures.

My presentation was based on 4 key areas and 9 initiatives, which are as follows;

KEY AREA 1: Administrative Steps

INITIATIVE 1: To install a neutral Government Caretaker once Parliament is dissolved.

INITIATIVE 2: Mandating the use of indelible ink.

INITIATIVE 3: Reform of the postal ballot system.

INITIATIVE 4: Extended campaign period.

KEY AREA 2: Media Access

INITIATIVE 5: Equal and fair access to be given to all candidates through all public media.

KEY AREA 3: Legislative Reforms

INITIATIVE 6: Auditing of political parties by independent auditors on election expenses.

INITIATIVE 7: Public access to RoS records on audited finances of political parties.

INITIATIVE 8: State funding to be limited according to size/geographical/population.

KEY AREA 4: Structural Reforms

INITIATIVE 9: Reform of voting system from first past the post.

Out of the 9 proposed initiatives, I think 6 could be implemented soon; which means if all involved in this reform exercise put in their maximum effort (including political parties) steps can be taken before the next general election.

The 6 initiatives for immediate action which could be implemented soon are as follows;

INITIATIVE 2
Mandating the use of indelible ink.
* The EC (Election Commission) can mandate the usage.

INITIATIVE 3
Reform of the postal ballot system.
* Communications to raise awareness on the difference between overseas voting vs postal ballot vs early voting. For overseas voting: Singapore system has so far shown to be practicable.

INITIATIVE 4
Extended campaign period.
* Again, following the Singapore module: 10 days with "cooling off" day on day before elections.

INITIATIVE 5
Equal and fair access to be given to all candidates through all public media.
* Campaign slots on radio/TV, ads in print media etc. to be offered fairly to all parties through a goodwill gesture.

INITIATIVE 6 & 7
Auditing of political parties by independent auditors on election expenses.
Public access to RoS records on audited finances of political parties.
* Legislative changes will not be able to be implemented fast enough for this to be a "quick win".
* Propose administrative directive issued to party chiefs.


While the remaining 3 (as follows;) could be a long-term plan, which could be tackled later.

INITIATIVE 1
To install a neutral Government Caretaker once Parliament is dissolved.
*Government to make appointment that is perceived as neutral.

INITIATIVE 8
State funding to be limited according to size/geographical/population.

* Changes to the laws to improve political funding take time - an administrative solution is proposed in the short term.
* There is no specific law governing political societies - a new law would need to be introduced.
* There has been much caution in amending societies law and regulations.
* Amendments to internal documents such as Memorandum and Articles of Association will require internal procedures to amend.

* As such, I'm proposing that an administrative directive be issued by party heads to:
-> Directly credit all donations to the party into the party accounts.
-> Maintain clear records of spending that enables audit.

INITIATIVE 9
Reform of voting system from first past the post.
*There area few options, for example Alternative Vote, Single Transferable Vote or even the Additional Member system. We need to further study the practicability.

NOTE: I am sorry for the spelling mistake I made earlier, it should be indelible and not as how I have spelt it earlier. I would like to thank the person who corrected me.

Tuesday, October 25, 2011

MY WISH FOR DEEPAVALI

May This Deepavali be as bright as ever.

May this Deepavali bring joy, health and wealth to you.

May the festival of lights brighten up you and your near and dear ones lives.

May this Deepavali bring in you the most brightest and choicest happiness and love you have ever Wished for.

May this Deepavali bring you the utmost in peace and prosperity.

May lights triumph over darkness.

May peace transcend the earth.

May the spirit of light illuminate the world.

May the light that we celebrate at Deepavali show us the way and lead us together on the path of peace and social harmony

“WISHING YOU, YOUR FAMILY AND ALL YOUR LOVED ONES A VERY HAPPY DEEPAVALI”

Monday, October 24, 2011

AG REPORT ON SELANGOR GOVERNMENT - KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD MENGALAMI KERUGIAN SEBELUM CUKAI SEBANYAK RM122.25 JUTA

Maklumat yang diambil dalam Laporan Ketua Audit Negara - mengenai aktiviti Jabatan/Agensi & Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2010

"Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) merupakan Syarikat subsidiari milik penuh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang berperanan sebagai salah sebuah syarikat pelaburan terbesar di Malaysia.

Pada tahun 2007 & 2008, KDEB mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM3.26 juta dan RM34.45 juta masing-masing.

Namun pada tahun 2009, KDEB mengalami kerugian sebelum cukai berjumlah RM122.25 juta.

Analisis Audit mendapati kerugian yang ditanggung syarikat bagi tahun 2009 adalah disebabkan oleh kos Program Air Percuma di Selangor yang ditanggung oleh KDEB sebanyak RM131.47 juta.

Ini merupakan peningkatan dalam jumlah perbelanjaan yang tidak seimbang berbanding dengan peningkatan dalam jumlah pendapatan".

HANYA 17.1% RAKYAT NEGERI SELANGOR MENERIMA BEKALAN AIR PERCUMA SETAKAT 31HB DISEMBER 2010

Soalan saya kepada YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air pada 29hb Mac 2011 mengenai isu pemberian air percuma Di Negeri Selangor Darul Ehsan;


Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapa peratusan meter pukal yang di tukar kepada meter individu sepanjang tahun 2010 oleh SYABAS di negeri Selangor bagi membolehkan rakyat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri. Maklumat pecahan berdasarkan kepada setiap kawasan Parlimen.

Jawapan;

Tuan Yang Dipertua, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah pun melaksanakan program pemasangan meter individu bagi pengguna-pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi bangunan kediaman bertingkat dan komuniti berpagar sedia ada serta projek pembangunan baru berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak pengurusan kediaman masing-masing.

Pemasangan meter individu dibuat setelah pihak pengurusan berkenaan mematuhi aspek teknikal yang ditetapkan oleh operator bekalan air.

Tuan Yang Dipertua, Sehingga 31 Disember 2010, jumlah permohonan pertukaran meter pukal kepada meter individu yang telah diterima dan diproses oleh pihak Syabas ialah sebanyak 1,130 permohonan yang melibatkan 219,739 unit premis kediaman bertingkat.

Daripada jumlah permohonan tersebut, sebanyak 37,523 unit premis kediaman atau 17.1 peratus telah mendapat bekalan air melalui meter individu dan seterusnya melayakkan mereka untuk menikmati pemberian air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Yang Dipertua, Maklumat pecahan program penukaran meter pukal kepada meter individu ini diuruskan mengikut wilayah pentadbiran kawasan bekalan air Syabas. Oleh itu, izinkan saya memaklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa pecahan bilangan permohonan meter individu yang diluluskan bagi premis kediaman bertingkat dan komuniti berpagar mengikut wilayah yang diuruskan oleh SYABAS bagi tahun 2010 adalah seperti berikut:

Wilayah - Bilangan Meter Individu Yang Diaktifkan

KUALA LUMPUR - 5,480

GOMBAK - 1,804

PETALING - 9,124

KLANG - 2,821

HULU LANGAT - 3,465

HULU SELANGOR - 7,304

SEPANG - 6,956

KUALA LANGAT - 478

KUALA SELANGOR - 40

SABAK BERNAM - 48

JUMLAH - 37,523

Monday, October 17, 2011

UCAPAN BELANJAWAN SAYA - TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK, PERMATA, COMMUNITY BUILDERS & KEMAS

Saya rasa ada satu aspek yang kurang dalam belanjawan ini ialah peruntukkan untuk membina lebih banyak lagi Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Anak PERMATA Negara, Community Builders, KEMAS telah memastikan Anak-Anak di beri asuhan yang awal sebelum mereka menjejak kaki di Tadika ataupun Sekolah Rendah - saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima Kasih kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansur kerana sudi melancarkan Pusat PERMATA Di Hulu Selangor.

Saya ingin mencadangkan agar bantuan Kewangan di beri kepada badan-badan seperti Pusat Anak PERMATA Negara ataupun Community Builders supaya mereka dapat meneruskan memberi perkhidmatan Pendidikan awal kepada golongan yang memerlukan dan untuk mengalakkan lebih banyak lagi Syarikat swasta turut membantu untuk penubuhan Pusat-Pusat asuhan awal ini, mungkin perlepasan cukai dapat di beri kepada mereka yang membantu.

Friday, October 14, 2011

1ST PARLIAMENT SELECT COMMITTEE MEETING ON ELECTORAL REFORMS

The 1st meeting of the Parliament Select Committee (PSC) on Electoral Reform went on well with excellent inputs and participation from all members, not only we had 100% attendance but, the meeting was also held in a very good atmosphere without any 'mala-fide'.

We worked on the terms of references which was agreed upon by all members, following are the term of references which was agreed upon unanimously by all members;

1. Researching the rules and law of elections.
2. Reviewing the electoral process.
3. Improvement of the electoral roll.
4. Strengthening SPR's functions & requirements; and last but not least
5. What other alternative systems?

The PSC also agreed that we would seek public opinion via a road-show so that we can hear from various registered organisations and associations as well as individuals.

We also agreed on the following dates and locations;

For Selangor & Kuala Lumpur - it would be held on 11th and 12th November 2011, starting from 9:30 am @ Bilik Jawatankuasa 2, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

For Sabah - it would be held on 25th and 26th November 2011, starting from 9:30 am @ Bilik Kedah, Kompleks Pentadbiran Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

For Sarawak - it would be held on 8th and 9th December 2011, starting from 9:30 am @ Bilik Gerakan Negeri, Wisma Bapa Malaysia, Petrajaya, Kuching, Sarawak.

For the Northern Region of Malaysia - it would be held on 15th and 16th December 2011, starting from 9:30 am @ Dewan Sri Pinang, Lebuh Light, Pulau Pinang.

For the Eastern Region of Malaysia - it would be held on 7th and 8th January 2012, starting from 9:30 am @ Bilik Gerakan Negeri, Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

and last but not least;

For the Southern Region of Malaysia - it would be held on 12th and 13th January 2012, starting from 9:30 am @ Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor.

The PSC also unanimously agreed that more places could be added if there is a need upon requests made.

Should you be keen to share your thoughts, suggestions and opinions on the electoral reforms please do not hesitate to send me an email via;

my email address : kamalanathanp@gmail.com

or you could also send me a message via

my twitter account : PKamalanathan

or via

my Facebook account: P Kamala Nathan,

I would be more than pleased to accept it from you.


In the meantime, should you want to partake in any one of the above public meetings, you need to send your request to the following;

Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya,
Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, 50680 Kuala Lumpur.

or via email: jkpilihanraya@parlimen.gov.my

Fax: 03 - 2698 6170 or 03 - 2031 7972

Phone: 03 - 2601 7489 or 03 - 2601 7199

PENDAPAT SAYA TENTANG MARRIS - SEMASA UCAPAN SAYA MENYOKONG BELANJAWAN 2012

Tan Sri Yang Di Pertua;

YAB Perdana Menteri Dan Kerajaan Barisan Nasional ikhlas apabila menyalurkan bantuan kepada semua Negeri-Negeri di Malaysia - walaupun, Negeri itu di tadbir oleh Pakatan Pembangkang. 

Sebagai contoh; 

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan geran sebanyak 351.6 Juta ringgit melalui peruntukkan MARRIS (Malaysian Road Records Information System) - dengan izin - pada tahun 2010 kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan - Peruntukkan ini seharusnya digunakan untuk memperbaiki/menaiktaraf jalan-jalan, geran ini juga harus di salurkan kepada Jabatan Pengairan & Saliran dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan. 

Malangnya, pada tahun 2010 menurut JKR Negeri Selangor hanya menerima 45% dari peruntukkan keseluruhan geran MARRIS Negeri Selangor - Kita tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada geran-geran ini, adakah ianya di gunakan untuk membuat papan iklan? 

Saya juga dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan telah berjanji akan memberi peruntukkan sebanyak tiga Juta ringgit untuk Majlis Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2011, tetapi sehingga kini hanya satu Juta ringgit sahaja di turunkan.

Saya rasa ada masalah bagi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk mentadbir geran ini dan kemungkinan ada penyalahgunaan geran ini juga ujud - kerana Kerajaan Negeri juga tidak memberi maklumat terperinci bagaimana geran ini di pakai guna.

Saya ingin mencadangkan agar peruntukkan MARRIS ini di salurkan terus kepada pihak-pihak berkuasa tempatan - kerana objektif utama geran pemberian Kerajaan Persekutuan harus di gunakan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang berdaftar di dalam sistem MARRIS sahaja, sebagaimana termaktub dalam perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, saya rasa pihak-pihak berkuasa tempatan lebih arif dan lebih telus dalam mengunakan geran ini.

Wednesday, October 12, 2011

UCAPAN SAYA PADA 11hb OKTOBER 2011 (11.10.11) MENYOKONG BELANJAWAN 2012 YANG DI BENTANGKAN OLEH YAB DATO' SRI MOHD. NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Terima Kasih Tan Sri Yang Di Pertua;

Salam Sejahtera, Salam Hormat & Salam 1Malaysia.

Walaupun sidang Belanjawan 2012 ini telah diadakan di bangunan yang sementara ini namun saya pasti yang segala perancangan serta implikasi belanjawan tersebut akan membawa kepada pertumbuhan jangka panjang negara yang bersifat positif dan merangkumi pelbagai aspek negara seperti ekonomi, sosial dan pembangunan.

Belanjawan tahun ini merupakan aspirasi YAB Perdana Menteri DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak untuk mendemontrasikankan konsep 1Malaysia serta mempraktikan tema rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Ramai menggelarkan belanjawan tahun ini sebagai “a peoples budget” dan saya amat bersetuju kerana belanjawan ini merupakan satu belanjawan yang sangat komprehensif dan terperinci hinggakan tiada mana-mana lapisan masyarakat yang diabaikan daripada agenda pembangunan negara.

Bagi pihak Rakyat Hulu Selangor saya ingin mengucapkan syabas kepada YAB DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak serta pasukannya yang telah berjaya menyediakkan sebuah belanjawan yang pasti menjadikan negara lebih kental dalam mengharungi cabaran ekonomi yang melanda seluruh dunia.

This “Isn't just a people's budget, it’s a people's future budget” - dengan izin, belanjawan ini juga menunjukkan ikthibar kerajaan untuk memastikan yang proses transformasi negara akan terus berlaku sehinggakan negara kita mencapai matlamat menjadi negara membangunan dan berpendapatan tinggi.

Pada 18hb Oktober 2010 semasa ucapan belanjawan saya yang pertama saya menyatakan berikut "Satu cara untuk menggalakkkan sifat pro aktif ini adalah dengan membenarkan segala derma dan sumbangan kepada sekolah sekolah menjadi dengan izin “tax exemption” atau pengecualian cukai untuk sumbangan tersebut"

Saya sangat sangat gembira dan terharu dengan ke keputusan YAB Perdana Menteri kerana pada belanjawan ini beliau telah mengumumkan bahawa kerajaan menjadikan segala derma kepada sekolah dan rumah ibadat dijadikan pengecualian cukai. Langkah sebegini akan meningkatkan motivasi untuk rakyat jelata dan juga syarikat-syarikat untuk memberikan derma kepada institusi ibadat dan sekolah.

Terdapat 2 kebaikkan yang diperolehi daripada langkah ini;

Pertama: Ianya akan menjadi jambatan untuk institusi-instutusi tersebut mendapat bantuan kewangan.

Kedua: Rakyat boleh memainkan peranan yang lebih langsung untuk menjadi enjin perubahan kepada hidup mereka.

Tempat ibadat dan sekolah menjadi tempat dimana akhlak dan sanubari seseorang itu dibina. Dengan memartabatkan kan tempat-tempat tersebut maka mereka yang menderma menjadi agen perubahan sosial yang lansung kepada persekitaran mereka. Selain itu generasi muda dan penganut penganut tempat-tempat ibadat juga akan mendapat kesan positif yang jangka panjang.

Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan oleh Kerajaan Barisan Nasional merupakan satu langkah yang tepat pada masa dan sangat berpatutan, rancangan ini juga telah memberi harapan kepada graduan-graduan muda untuk memiliki rumah pertama mereka, keputusan Kerajaan untuk meningkatkan had maksimum harga rumah daripada 220 ribu ringgit kepada 400 ribu ringgit akan memberi peluang kepada lebih ramai pembeli-pembeli seluruh Malaysia di kawasan pinggiran kota raya dan juga kawasan bandar.

Langkah ini pasti akan menjadikkan impian menjadi pemilik rumah menjadi realiti kepada ramai yang mengambil bahagian dalam Skim Rumah Pertamaku ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada pihak kerajaan kerana langkah mereka menaikkan cukai untung untuk penjualan rumah sebelum 2 tahun, langkah ini akan membantu menstabilkan harga hartanah dan sekali gus menjadikkan harga rumah lebih berpatutan.

Cadangan Kerajaan untuk memajukan beberapa bidang tanah milik kerajaan di sekitar Sungai Besi dan Sungai Buloh untuk projek Perumahan Rakyat 1Malaysia amat di alu-alukan. Saya amat berharap dalam usaha melalui Program pemulihan Rumah Terbengkalai yang mana 63 Juta ringgit telah diperuntukan, projek-projek perumahan terbengkalai dan terbiar di Hulu Selangor juga akan turut di usahakan.

Tan Sri Yang Di Pertua,

Generasi muda yang baru berkecimpung dalam dunia pekerjaan terdapat beberapa perkara yang golongan tersebut ingin mencapai secapat mungkin. Pertama adalah sebuah pekerjaan yang stabil, kedua sebuah rumah yang boleh dipanggil rumah sendiri dan ketiga adalah sebuah kereta untuk membolehkan mereka berulang alik dari rumah ke kerja.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan untuk mengkaji jika sama ada pihak kerajaan boleh memulakan satu program yang mungkin boleh kita namakan 'Skim Kereta Pertamaku' mungkin dengan kerjasama Syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. lebih di kenali sebagai Perodua Nasional.

Saya mencadangkan supaya program perintis 'Skim Kereta Pertamaku' dikelolakan dengan kerjasama kilang ultra moden Perodua kerana ianya berpusat di Hulu Selangor. Saya pasti yang langkah tersebut akan mendapat sambutan yang amat baik daripada rakyat yang khasnya ingin memiliki kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja dan balik. Kerajaan boleh mengujudkan satu mekanisma yang berpatutan dengan kerjasama bank-bank tempatan.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Sekalung penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana sudi menambah sekali ganda kepada 300 Juta ringgit kepada TEKUN Nasional dengan harapan ianya akan memberi rangsangan kepada usahawan kecil. Peruntukan 100 Juta ringgit yang di sediakan Khas untuk Ushawan Kaum India akan membantu ramai belia india yang sangat ingin menjadi usahawan yang berjaya.

Mereka mempunyai kesanggupan bekerja keras dan juga mempunyai pengalaman serta pengetahuan mendalam tentang bidang perniagaan yang diceburi. Malangnya mereka tidak mendapat menerima bantuan kewangan tersebut pada masa dan saat yang di perlukan untuk membangunkan perniagaan mereka.

Oleh yang demikian peruntukan 100 Juta ringgit ini sudah tentu akan mendapat sambutan yang hebat dan menggalakkkan daripada beribu-ribu usahawan india yang sedang mencari jawapan kepada persoalan bagaimanakah mereka dapat memperkasakan perniagaan mereka. Selain daripada membantu peniaga dan usahawan tersebut langkah ini juga sehaluan dengan agenda ekonomi negara yang ingin membangunkan SME negara untuk menjadi penjana dan enjin pertumbuhan ekonomi negara.

Program Tekun Nasional ini amat berjaya dan berimpak tinggi namun ada suatu perkara yang tidak begitu mengalakkan, oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya kebaikkan optimum program tersebut boleh dicapai. Buat masa ini dana tekun ini hanya boleh dipohon bermusim atau seasonally. Saya ingin mencadangkan kepada pihak Kerajaan supaya dana ini dibuka untuk permohonan sepanjang tahun supaya lebih ramai pengusaha, usahawan akan mendapat maanfaat dan kebaikkan daripadanya.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Tidak dapat dinafikan yang bangku sekolah adalah fasa kehidupan seseorang yang sangat penting dari segi membentuk akhlak serta menjadi batu lonjatan kepada anak tersebut sehingga beliau menjadi penuntut di menara gading pada masa hadapan. Di peringkat inilah seseorang itu akan mempelajari ciri ciri seperti disiplin dan jati diri serta membentuk sifat dan sikap yang kritikal untuk menjadi seorang pelajar dan manusia yang berguna kepada masyarakat dan negara.

Dalam konteks ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak atas usaha kerajaan menyediakan dana 100 juta ringgit untuk membaikpulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan serta mempakasakan sekolah-sekolah tamil.

Dana ini pasti menjadi faktor yang penting untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang sangat efektif dan sempurna untuk beribu-ribu pelajar sekolah sekolah tamil tersebut, saya yakin dengan bantuan ini prestasi serta keungulan pelajar sekolah tersebut pasti akan meningkat dan menjadi lebih cemerlang.

Walaubagaimanapun saya ingin menyeru pihak kerajaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam isu sekolah-sekolah tamil dinegara dan mengstukturkan satu pelan yang menyeluruh untuk membaikpulihkan kesemua sekolah tamil di negara. Tindakan ini akan dapat memastikan satu isu yang penting untuk masyarakat india dapat diselesaikan dengan sempurna dalam jangkan masa yang munasabah.

Peruntukan Pembangunan serta peruntukan melalui tabung khas pembinaan, penambahbaikan dan penyelenggaraan sekolah kepada semua sekolah merupakan lagi satu contoh dimana laungan 1MALAYSIA dapat di dilihat sacara praktikal. Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa konsep 1Malaysia bukan sahaja retorik tetapi menjadi asas kukuh kepada visi YAB Perdana Menteri untuk menjadikkan negara kita sebuah negara yang bersatu dan bersekutu dalam membangunankan semua keperluan kehidupan seorang warganegara.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Saya juga ingin mencadangkan kepada Kerajaan untuk mengkaji dan menyelidik jika semua warganegara dari pelbagai kaum dan agama mempunyai tapak perkuburan yang sesuai dan secukupnya. Tapak perkuburan merupakan tempat terakhir seseorang itu disemadikan tetapi masa kini sering kita kedengaran tentang ketidak cukupan tempat untuk tempat abadi dan suci tersebut.

Saya pasti, sekiranya kerajaan boleh mencari penyelesaian tetap untuk masalah tersebut maka saya pasti tiada pihak yang tidak akan berterimakasih kerana ini akan menjadi bukti kukuh yang kerajaan secara literal mengutamakan kebaikkan rakyat “from womb to tomb” dengan izin atau dari rahim hingga kubur.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Saya macam tidak percaya apabila YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan insuran takaful dimansuhkan - dengan keputusan ini, kini kita boleh berdabik dada dan menyatakan kepada dunia bahawa Di Malaysia Pendidikan rendah dan Menengah di Sekolah-Sekolah Kerajaan adalah percuma.

Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran kerana mengambil langkah memansuhkan yuran tahunan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Langkah sebegini pasti meringankan beban kewangan ibu bapa khasnya mereka yang mempunyai lebih daripada 2 anak.

Langkah ini juga menunjukkan keprihatian kerajaan untuk golongan ibu bapa yang bertungkus lumus untuk memberikan anak-anak mereka kehidupan yang lebih maju dan selesa daripada yang mereka menikmati. Langkah ini akan membolehkan ibu bapa tersebut untuk menggunakan wang yang disimpan itu untuk perkara-perkara lain yang mereka inginkan.

Kerajaan juga tidak mengabaikan tanggungjawab sosial mereka kepada ibu bapa dengan memberikan mereka 100 ringgit untuk setiap pelajar supaya meringankan beban perbelanjaan persekolahan. Pemberian baucar buku bernilai 200 ringgit kepada pelajar-pelajar IPTA, IPTS, matrikulasi dan tingkatan 6 juga merupakan satu bantuan yang sangat di hargai, Elaun ini akan pergi jauh dalam membolehkan pelajar-pelajar mendapat buku buku yang sesuai untuk mereka melengkapi diri menjadi pelajar yang mencapai sukses dalam bidang pelajaran yang diceburi. - rata2 rakan2 saya di Hulu Selangor terharu dan apabila berjumpa saya baru-baru ini mereka menyifatkan pemberian ini sebagai satu bantuan yang amat mereka menghargai.

Di jangka lebih kurang 45,000 pelajar di Hulu Selangor sedang belajar di sekolah rendah dan menengah. Kedua-dua langkah ini bukan sahaja meringankan beban kewangan ibu bapa tetapi juga menjadi cara untuk memertabatkan kualiti pendidikan negara supaya sehaluan dengan agenda Pendidikan negara.

Saya rasa ada satu aspek yang kurang dalam belanjawan ini ialah peruntukkan untuk membina lebih banyak lagi Taman Asuhan Kanak-Kanak, Pusat Anak PERMATA Negara, Community Builders, KEMAS telah memastikan Anak-Anak di beri asuhan yang awal sebelum mereka menjejak kaki di Tadika ataupun Sekolah Rendah - saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima Kasih kepada YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansur kerana sudi melancarkan Pusat PERMATA Di Hulu Selangor.

Saya ingin mencadangkan agar bantuan Kewangan di beri kepada badan-badan seperti Pusat Anak PERMATA Negara ataupun Community Builders supaya mereka dapat meneruskan memberi perkhidmatan Pendidikan awal kepada golongan yang memerlukan dan untuk mengalakkan lebih banyak lagi Syarikat swasta turut membantu untuk penubuhan Pusat-Pusat asuhan awal ini, mungkin perlepasan cukai dapat di beri kepada mereka yang membantu.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Peruntukan tambahan sebanyak 150 Juta ringgit untuk memperkukuh perkhidmatan bas di Luar Bandar memberi senyuman kepada ribuan penduduk bukan sahaja di Hulu Selangor, tetapi di Seluruh Malaysia. Saya sedar bantuan ini akan membantu pengusaha bas mini, bas berhenti-henti dan juga bas sekolah - saya ingin mencadangkan agar sebagai satu lagi langkah untuk meringankan beban Ibu-bapa, agar bantuan ataupun baucar pengangkutan di beri kepada murid-murid yang mana rumah mereka jauh dari lokasi sekolah, Ramai pelajar tidak dapat atau bersusahpayah untuk pergi ke sekolah kerana mereka mengalami sekatan kewangan dalam erti kata kos pengangkutan ke sekolah.

Ada diantara golongan ini yang tidak mendapat perkhidmatan pengangkutan awam kerana rumah mereka terletak dalam kawasan terpencil dan pendalaman - memandangkan dana 150 Juta ini termasuk bantuan kepada pengusaha bas sekolah, maka saya pasti kita boleh mengenal pasti satu mekanisma bagaimana kita dapat mempraktikan cadangan ini. Saya juga amat berharap Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam ini tidak akan menyukarkan proses permohonan untuk mendapatkan dana ini dan pada masa yang sama mereka juga harus memastikan bahawa langkah-langkah harus di ambil untuk mewawarkan kepada pengusaha-pengusaha bas ini supaya mengunakan dana yang telah di sediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional ini.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Bumi Hulu Selangor bumi yang mana lokasinya sangat indah dan mempunyai pelbagai flora dan fauna. Selain menjadi tempat tarikan pelancong keadaan semulajadinya serta kos hidupan seharian yang tidak semahal kehidupan di kota menjadikan Hulu Selangor suatu tempat yang idil untuk dijadikan hab pendididkan yang sempurna.

Kerajaan Barisan Nasional telah banyak membantu Hulu Selangor dan kini kita mempunyai infrastuktur tambahan seperti lebuhraya Utara-Selatan yang mana di Hulu Selangor sahaja kita ada 6 exit point dan setelah selesai PLUS Interchange Sungai Buaya kita akan ada 7 exit point, jalan raya persekutuan yang bakal akan di naik taraf dan stesyen keretapi yang serba moden.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa pada 10hb Oktober 2011, Kolej Universiti Binary telah menjejak kaki di Bumi Hulu Selangor dan saya mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri Pengajian Tinggi yang sudi merasmikan Majlis Pecah Tanah tersebut Di Serendah.

Berdasarkan Fokus ke-3 Belanjawan: Program Transformasi Luar Bandar, Pembangunan Luar Bandar yang menyeluruh - Amatlah besar harapan kami di Hulu Selangor agar Kolej Universiti ini akan di beri taraf Universiti.

Peningkatan taraf ini pasti dapat menarik lebih ramai lagi Pelajar-Pelajar dan juga pada masa yang sama akan mengantarabangsakan Hulu Selangor dan pada masa yang sama ekonomi negeri dan negara akan berkembang, visi untuk menjadikkan negara kita sebagai pusat pendidikan serantau juga dapat direalisasikan.

Rakyat di persekitaran Hulu Selangor juga akan dapat meraih pembangunan ekonomi hasil daripada down stream economic activity - dengan izin, hasil daripada pembentukkan university di kawasan tersebut serta dengan adanya Sekolah-Sekolah rendah (Kebangsaan, Cina, Tamil (yang bakal di bina), Agama) dan sekolah menengah di serendah akan memungkinkan satu situasi menang-menang untuk semua pihak yang berkaitan dengan projek tersebut.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Saya ingin menggunakan peluang ini untuk merakamkan terima kasih saya kepada kerajaan Barisan Nasional yang telah mengambil langkah pro aktif dalam mengambil kira keperluan dan kepentingan warga emas negara dalam belanjawan tahun hadapan. Warga emas ini adalah generasi yang telah banyak berkhidmat untuk pembangunana negara kita yang dicintai, ia adalah mustahil untuk kita meletakkan nilai ringgit dan sen untuk segala pengorbanan serta penat lelah mereka pada masa lalu supaya generasi-genarasi berikutnya boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Maka ia adalah satu langkah yang amat wajar untuk memberikan diskaun sebanyak 50% untuk warga emas ini yang menggunakan perkhidmatan LRT, tetapi walaupun ini satu diskaun yang substantif namun saya ingin mencadangkan yang pihak kementerian pengangkutan memberikan warga emas ini prekhidmatan percuma dalam semua jenis pengangkutan awam darat, sekiranya tidak boleh di beri kepada semua jenis pengangkutan darat, sekurang-kurangnya perkhidmatan LRT. Langkah ini pasti menjadi satu hadiah yang istimewa untuk golongan masyarakat yang sumbangan mereka tidak ternilai.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Subsidi bahan makanan asas menelan belanja 2.3 billion ringgit dan subsidi produk petroleum dan bantuan tunai pula melibatkan sebanyak 17 billion ringgit untuk satu tahun, pemberian subsidi bil electrik pula 150 Juta ringgit setahun - begitu prihatin Kerajaan Barisan Nasional yang akan sentiasa membantu meringankan beban Rakyat Malaysia - tanpa mengira agama, bangsa dan juga latar belakang pegangan politik mereka.

Rancangan untuk memulakan lebih banyak kedai makanan 1Malaysia dan juga kedai menjual barangan runcit 1Malaysia adalah satu langkah yang amat bernas untuk membolehkan rakyat negara menghadapi keadaan memudaratkan ekonomi sedunia yang tidak stabil.

Dengan adanya kedai-kedai sebegini pihak kerajaan boleh mengawal harga barang barang yang dinaikkan oleh setengah-tengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Langkah tersebut juga akan menjadikan harga di kedai runcit lain serta kedai makanan lain menjadi lebih kompetitif untuk menandingi kedai-kedai 1Malaysia dan ini sekali gus akan merendahkan harga makanan dan barang runcit di pasaran.

Walau bagaimana pun, saya ingin mencadangkan kepada pihak kerajaan (dengan kerjasama NGO-NGO seperti FOMCA, PPIM ataupun mana2 badan yang dapat membantu) mewujudkan satu dana khas untuk digunakan terhadap mendidik rakyat untuk lebih peka kepada pilihan mereka sebagai konsumer yang bertanggungjawab. Program-program yang dikelolakan melalui dana ini adalah dengan motif untuk menaikkan kesedaran orang ramai terhadap peranan serta kuasa mereka sebagai pengguna.

Dengan cara sebegini saya yakin yang perniaga-peniaga yang melampau dalam sistem harga mereka akan lebih berwaspada dan harga-harga yang kompetitif akan wujud kerana kenaikkan kesedaran konsumer tentang hak mereka serta pendidikan untuk menjadi konsumer yang bijak.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Satu lagi perancangan terperinci belanjawan tahun ini adalah tindakan yang wajar mewujudkan Dana Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) patuh syariah sebanyak 2 billion. Dianggarkan bahawa PKS menyumbang 31% kepada Keluaran dalam negara kasar(KDNK), 56% kepada tenaga kerja dan 19% kepada eksport negara. Sektor sepenting PKS ini patut diberikan galakkan serta stimulus yang mencukupi untuk memastikan ia terus berkembang serta mampu mengharungi segala cabaran ekonomi dunia yang kian mengolara.

Oleh yang demikian saya pasti dana ini akan menjadi pemangkin kepada masa hadapan PKS yang lebih cerah serta menjadikan PKS salah satu enjin penjana pertumbuhan ekonomi negara yang penting. Untuk setiap usahawan yang mencari bantuan kewangan untuk mengembangkan pernigaan mereka dana ini akan membantu mereka memperkasakan perniagaan mereka untuk menjadi pesaing dalam pasaran serantau mahupun dunia. Dana ini menunjukkan pandangan jauh pihak kerajaan untuk memastikkan negara kita tidak dibelenggu menjadi negara berpendapatan sederhana tetapi mampu melakukan anjakan paradigma untuk menjadi negara berpendapatan tinggi.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Sebagai seorang Rakyat Malaysia yang meminati bidang sukan dan mengekori perkembangan industri sukan di Malaysia saya merasa amat gembira dengan hasrat YAB DS Perdana Menteri untuk memartabatkan sukan negara dan menjadikan negara kita sebuah negara bersukan yang berkebolehan. 30 juta ringgit yang diberikan ke arah membangunkan pelbagai sukan di tanahair adalah satu petanda yang baik kepada pemuda-pemudi yang ingin mengibarkan jalur gemilang di pentas dunia kelak.

Saya harap wang ini digunakan dengan bijak khasnya dari aspek mencungkil dan memajukan bakat para olahragawan dan olahragawati negara serta pemain pemain pelbagai sukan di negara kita.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada YAB DS Perdana Menteri atas inisiatif untuk membina 150 lagi gelanggang futsal dan 30 padang tiruan yang di lengkapi dengan lampu limpah - untuk memberikan arena untuk mereka yang ingin bersukan. Bukan sahaja ciri fizikal yang akan menjadi lebih sihat malah dengan mengambil bahagian dalam sukan-sukan sebegini para belia akan tidak terpesong ke gejala yang negatif dan memburukkan dri mereka.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Peruntukkan 50 Juta ringgit untuk menambahbaik bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada merupakan satu tindakan yang membawa kebahagian kepada penduduk-penduduk di ladang-ladang. Saya amat berharap agar Kementerian Sumber Manusia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ianya dapat di selesaikan segera dan pada masa yang sama, saya juga berharap agar skim perumahan untuk pekerja-pekerja ladang yang tinggal bertahun-tahun lama di ladang-ladang diujudkan.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Sejumlah 442 Juta ringgit akan di peruntukkan pada tahun 2012 untuk perbelanjaan Pembangunan PDRM yang mana merangkumi penambahbaikan Ibu pejabat, balai dan pusat latihan - saya ingin mencadangkan agar dalam proses penambahbaikan balai-balai polis, saya harap kita dapat tingkatkan kawalan sistem penyimpanan senjata, ianya perlu diseragamkan secara sistematik dan dipertingkatkan dengan lebih relevan mengikut keperluan masa. Saya perhatikan buat masa ini adalah lebih bersifat konvensional.

Faktor masa dan Keselamatan anggota bertugas ketika berurusan dengan senjata-senjata terlibat perlulah diutamakan kerana tanpa kaedah penyimpanan senjata yang sistematik masa dan nyawa adalah dua elemen yang tiada kompromi dan nilainya.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Belanjawan ini juga mengambil kira 175 ribu anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat kurang daripada 21 tahun dan tidak menerima pencen. Saya pasti 50 Juta ringgit yang diperuntukan oleh Kerajaan akan membantu mereka menampung kos sara hidup mereka.

Saya di fahamkan bahawa pesara tentera peringkat Lain Lain Pangkat tidak mendapat apa-apa kebaikan pun dari kiraan semula pencen ini kerana kiraan semula berasaskan tempoh (lama) perkhidmatan yang berkhidmat melebihi 25 tahun sedangkan semua tentera peringkat LLP telah disyaratkan perkhidmatan mereka hanya 21 tahun sahaja.

Oleh yang demikian, saya ingin mencadangkan agar pesara tentera Lain Lain Pangkat diberi bayaran pencen 60% dari gaji akhir tidak mengira tempoh perkhidmatan dan setiap kenaikan gaji tentera yang sedang berkhidmat termasuk hanya berbentuk pelarasan gaji turut melibatkan pesara.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Bantuan kepada Bekas Kakitangan kontrak JASA dan KEMAS di alu-alukan, saya pasti bayaran khas sebanyak tiga ribu ringgit secara one-off akan meringankan beban mereka.

Saya ingin merayu agar anggota-anggota Pasukan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) juga di beri bayaran khas ini, kita tidak boleh menafikan bantuan serta kerjasama mereka dengan PDRM untuk membenteras jenayah telah membantu kita mengurangkan peratusan jenayah di negara kita. Semangat Perjuangan mereka yang tinggi tanpa sebarang ganjaran amat di hargai.

Tan Sri Yang Di Pertua;

YAB Perdana Menteri Dan Kerajaan Barisan Nasional ikhlas apabila menyalurkan bantuan kepada semua Negeri-Negeri di Malaysia - walaupun, Negeri itu di tadbir oleh Pakatan Pembangkang.

Sebagai contoh;

Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan geran sebanyak 351.6 Juta ringgit melalui peruntukkan MARRIS (Malaysian Road Records Information System) - dengan izin - pada tahun 2010 kepada Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan - Peruntukkan ini seharusnya digunakan untuk memperbaiki/menaiktaraf jalan-jalan, geran ini juga harus di salurkan kepada Jabatan Pengairan & Saliran dan juga pihak-pihak berkuasa tempatan.

Malangnya, pada tahun 2010 menurut JKR Negeri Selangor hanya menerima 45% dari peruntukkan keseluruhan geran MARRIS Negeri Selangor - Kita tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada geran-geran ini, adakah ianya di gunakan untuk membuat papan iklan?

Saya juga dimaklumkan bahawa YAB Tan Sri Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan telah berjanji akan memberi peruntukkan sebanyak tiga Juta ringgit untuk Majlis Daerah Hulu Selangor bagi tahun 2011, tetapi sehingga kini hanya satu Juta ringgit sahaja di turunkan.

Saya rasa ada masalah bagi Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan untuk mentadbir geran ini dan kemungkinan ada penyalahgunaan geran ini juga ujud - kerana Kerajaan Negeri juga tidak memberi maklumat terperinci bagaimana geran ini di pakai guna.

Saya ingin mencadangkan agar peruntukkan MARRIS ini di salurkan terus kepada pihak-pihak berkuasa tempatan - kerana objektif utama geran pemberian Kerajaan Persekutuan harus di gunakan bagi tujuan penyelenggaraan jalan-jalan yang berdaftar di dalam sistem MARRIS sahaja, sebagaimana termaktub dalam perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, saya rasa pihak-pihak berkuasa tempatan lebih arif dan lebih telus dalam mengunakan geran ini.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Belanjawan 2012 yang di bentangkan juga telah memaklumkan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

Saya juga berharap agar Syarikat-Syarikat swasta juga turut mengambil keputusan sedemikian, supaya mereka juga dapat mengoptimumkan sumbangan pekerja-pekerja mereka yang telah banyak memberi sumbangan kepada Kemajuan Syarikat tersebut berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.


Tan Sri Yang Di Pertua;

Kegawatan ekonomi yang melanda Amerika Syarikat yang semakin melumpuhkan pertumbuhan ekonomi di eropah dan sedunia telah menyebabkan pelbagai masalah kepada semua golongan masyarakat di Malaysia. Saya berpendapat bahawa YAB DS Perdana Menteri telah mengambil langkah yang sangat wajar dan betul dengan membuat keputusan untuk menyediakan sebanyak 33.2 billion ringgit untuk kegunaan subsidi.

Langkah ini akan meringankan beban semua rakyat Malaysia daripada perubahan harga yang mendadak dan juga memastikan perbelanjaan seharian tidak melampau sehinggakan tidak boleh dimampu oleh rakyat biasa. Saya juga ingin menyarankan kerajaan untuk bersedia meningkatkan tahap subsidi jika keadaan ekonomi menjadi lebih tenat kerana dah lama menjadi polisi kerajaan BN untuk merancang terlebih dahulu. Bah kata orang “failure to plan is planning to fail” - dengan izin.

Tan Sri Yang Di Pertua;

Akhir sekali saya ingin mengucapkan syabas kepada YAB DS Mohd. Najib Tun Abdul Razak atas perancang belanjawan tahun 2012. Belanjawan ini mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan untuk menerajui negara pada zaman transformasi ini. Saya yakin yang belanjawan tahun ini akan mampu menyediakan kerajaan untuk menyemarakan semangat transformasi dan juga mempraktikkan tema 1Malaysia dengan jayanya.

Majoriti rakyat Malaysia yang mana menyokong Barisan Nasional, malah mereka-mereka yang menyokong pembangkang walaupun tak begitu ramai amat gembira dengan belanjawan ini, kerana secara langsung ataupun tidak langsung akan membantu meringankan beban mereka, saya juga di fahamkan sehingga ketua penerangan parti pembangkang juga menyifatkan belanjawan ini sebagai belanjawan “people centric” - dengan izin,

Terima Kasih kepada saya pihak pembangkang yang telah berbesar hati dan menerima dengan hati terbuka kewibawaan belanjawan tahun ini. Boleh kita simpulkan bahawa belanjawan ini adalah demonstasi kerajaan dalam mendahulukan rakyat bukan sahaja dari segi retorik tetapi dengan perancangan serta implementasi yang kukuh dan effisiyen.

Saya sudahi ucapan saya dengan satu rangkap dalam bahasa tamil - dengan izin - 'Yellam Pugalum Iraivanaku' maksudnya segala puji-pujian kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Saya mohon menyokong.

Tan Sri Yang Di Pertua,

sekian terima kasih.

Saturday, October 8, 2011

MEMBINA JALAN KAMPUNG SKC TIMAH KE TAMAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG

Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru mengikut piawaian JKR R3 sepanjang 2.3 kilometer menghubungkan Kampung SKC Timah ke Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.

Projek dengan anggaran kos sebanyak RM8.2 juta ini dijangka akan dimulakan pada akhir tahun ini (2011) dengan tempoh siap kerja ialah selama 12 bulan.

Friday, October 7, 2011

PROJEK MEMBINA PERSIMPANGAN BERTINGKAT SUNGAI BUAYA DI KM. 436, E1 LEBUH RAYA UTARA-SELATAN

Pembinaan projek ini telah di mulakan pada 14hb Jun 2011 yang lalu dan di jangka siap sepenuhnya dalam tempoh 24 bulan, iaitu pada 13hb Jun 2013. Projek ini melibatkan kos sebanyak RM 81 juta yang akan ditanggung oleh Syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad manakala kos pengambilan balik tanah pula dianggarkan sebanyak RM 20 juta ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan (Barisan Nasional). 

Pembinaan persimpangan bertingkat ini dijangka bakal memberikan manfaat kepada lebih 100,000 pengguna, khususnya di sekitar kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang yang akan menjimatkan masa perjalanan mereka antara 40 minit hingga 1 jam.

PROJEK MEMBINA JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BY-PASS)

Keseluruhan pelaksanaan Fasa 1 projek ini dijangka siap pada 15hb Disember 2011. Pada masa kini kemajuan fizikal kerja di tapak ialah 95%. Skop projek melibatkan pembinaan dan naik taraf jalan 4 lorong 2 hala (dual carriageway) dari persimpangan Sungai Choh hingga ke Taman Warisan Negeri di Templer Park sepanjang 18.5 kilometer dengan kos sebanyak RM260.5 juta. Dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10 ini, Kementerian Kerja Raya telah mencadangkan kepada Agensi Pusat untuk melaksanakan Fasa kedua projek ini yang melibatkan skop pembinaan elevated structure sepanjang 3.3 kilometer melalui Taman Warisan Negeri dengan anggaran kos projek sebanyak RM395 juta.

Sunday, September 25, 2011

MY APPOINTMENT TO THE PARLIAMENT SELECT COMMITTEE ON ELECTORAL REFORMS

 
I am very grateful to be chosen as one of the representatives of the Barisan Nasional in the Parliament Select Committee to look into electoral reforms in Malaysia.  I would like to thank the YAB Datuk Sri Najib Razak, Prime Minister, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Deputy Prime Minister and YB Senator Dato' G Palanivel, President of MIC for having faith in me and I am committed to ensure that the voice of the people for a free and fair election is upheld by this committee.
 
I am also pleased to work with the opposition pact for a common good to put forth recommendations for electoral reforms and improvements in our election process.
 
This is a clear indication that our Honourable Prime Minister and the Barisan Nasional government is receptive to the feedback from the rakyat and is committed to accept and improve areas of concern for a better Malaysia for all.   
 
Rakyat Di Dahulukan, Pencapaian DI Utamakan.
 
 

Thursday, September 15, 2011

PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA OLEH YAB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK - PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERUTUSAN KHAS HARI MALAYSIA
OLEH
YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2011

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

2. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan  pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

3. Apa yang sewajarnya dilakukan demi survival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambahbaik daya saing nasional melalui penggunaaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.  

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

4. Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

5. Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban diawal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

6. Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.


7. Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada tahun 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

8. Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstrimisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

9. Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetikpun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem anti-demokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

10. Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 tersebut adalah proses pilihanraya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sediakala.

11. Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa tersebut merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

12. Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tersebut tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

13. Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

14. Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

15. Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan  rakyat Malaysia  telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.

16. Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.  

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

17. Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi tahun 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuatkuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuatkuasanya. Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

18. Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi  keadaan luarbiasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

19. Dari perspektif undang-undang  Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

20. Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca  tragedi 11 September.

21. Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, diantara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.

22. Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,  

23. Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

24. Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

25. Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri.

26. Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

27. Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

28. Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

29. Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

30. Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam  mencorakkan hala tuju masa depan mereka  sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara degan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

31. Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada insiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

32. Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

33. Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Saturday, September 10, 2011

SOALAN-SOALAN LISAN & BERTULIS UNTUK PERSIDANGAN PARLIMEN OKTOBER 2011

SOALAN LISAN & BERTULIS
MESYUARAT KE-3, PENGGAL KE-4


LISAN 1

Minta Perdana Menteri memberikan penjelasan terperinci mengenai manafaat yang telah, sedang dan bakal dinikmati oleh Masyarakat India di negara ini berkaitan dengan Pelan Transformasi Ekonomi di bawah konsep 1Malaysia; dan

Adakah pihak kerajaan meyakini bahawa usaha-usaha secukupnya telah dibuat bagi menambahbaik prasarana ekonomi kaum India.

LISAN 2

Minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air menjelaskan apakah ada rancangan pihak Kerajaan untuk mengganti/membaikpulih paip-paip air lama di kawasan Parlimen Hulu Selangor? Jika ada;

a) Sila nyatakan jumlah projek, dan
b) Kos yang terlibat di bawah program menaik taraf logistik air yang sedang dan akan dilaksanakan.

LISAN 3

Minta Menteri Kerja Raya menyatakan kos menyelenggara jalan MARRIS (Malaysian Road Record Information System) yang telah di peruntukkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Selangor Dari tahun 2008 hingga 2011 secara terperinci; dan,

Berapakah kos yang di peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelenggara jalan-jalan tersebut.

LISAN 4

Minta Menteri Kerja Raya menyatakan bilangan jalan yang akan dibina/di naiktaraf yang termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-10 untuk dilaksanakan di Kawasan Parlimen Hulu Selangor?

LISAN 5

Minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah peruntukkan yang telah di agihkan dan penerima (berdasarkan kepada kaum) untuk perkara-perkara seperti berikut;

a) Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).
b) Biasiswa Kecil Persediaan Universiti (BKPU).
c) Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
d) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM); dan,

Apakah bantuan lain yang di beri kepada pelajar-pelajar untuk meringankan beban Ibu-bapa untuk menampung kos pendidikan.

LISAN 6

Minta Menteri Pengajian Tinggi untuk memberi maklumat berikut secara terperinci;

a) Jumlah pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran mereka di 20 IPTA (berdasarkan kaum) dan bidang pengajian mereka; dan,

Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menaiktaraf kualiti pengajian tinggi di IPTA di Malaysia.

LISAN 7

Minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan untuk menyatakan  tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mengawal harga barang-barang keperluan dan komoditi, dan

Bagaimana penguatkuasaan di jalankan untuk memantau harga barang-barang keperluan ini di Hypermarket, Supermarket, Kedai-Kedai Runcit, pasar malam dan lain-lain tempat.

LISAN 8

Minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menyatakan apakah jenis bantuan yang dapat disalurkan kepada Industri Sederhana Kecil di luar bandar khasnya di Hulu Selangor dari segi penaiktarafan infrastruktur; dan

Sehingga kini, berapakah jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada Industri Sederhana Kecil di Hulu Selangor.


LISAN 9

Minta Perdana Menteri menyatakan pencapaian dan kejayaan Dana Belia 1Malaysia setakat ini; dan

Maklumat terperinci penerima serta projek dan kejayaan penerima-penerima Dana ini; dan akhirnya,

Sama ada Kerajaan bercadang untuk menambahkan lagi Dana supaya dapat membantu lebih ramai lagi Belia.


LISAN 10

Minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah tindakan dan strategi baru yang akan diselami oleh Kementerian khasnya Jabatan Keselamatan Jalan Raya untuk mengurangkan bilangan kemalangan maut semasa musim perayaan.



BERTULIS 1

Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan jumlah Syarikat 'Government Linked Corporation' (GLC) yang telah di ujudkan oleh Kerajaan; dan,

Berapakah jumlah Ahli Lembaga Pengarah yang dilantik berdasarkan kaum untuk memenuhi Jawatan Ahli Lembaga Pengarah; dan akhir sekali,

Apakah tindakan yang akan di ambil untuk memastikan lebih ramai wakil-wakil kaum India di lantik untuk menduduki Lembaga Pengarah 'GLC' tersebut.

BERTULIS 2

Minta Menteri Pelajaran menyatakan sama ada satu dana khas telah di ujudkan di Kementerian untuk membantu sekolah-sekolah yang mengalami kerosakan semasa bencana atau malapetaka?

Sekiranya ada, berapakah jumlah peruntukkan yang telah diagihkan berdasarkan kepada negeri-negeri dan sekolah-sekolah.

BERTULIS 3

Minta Menteri Kewangan untuk menyatakan secara terperinci jumlah bantuan yang telah disalurkan kepada Ushawan Muda India melalui Skim Pembangunan Ushawan Muda India (SPUMI) sejak tahun 2008; dan

Sama ada Kementerian bercadang untuk menambah baik skim ini supaya bantuan seumpama ini dapat dinikmati oleh semua Ushawan Muda India tanpa mengira masa dan juga usia mereka?

BERTULIS 4

Minta Perdana Menteri menyatakan status terkini dan secara terperinci pencapaian Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF); dan,

Apakah masalah yang membantut pencapaian Pasukan Petugas Khas ini dan apakah cara Kerajaan mencari penyelesaian untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

BERTULIS 5

Minta Menteri Pelajaran menyatakan secara terperinci Peruntukkan yang telah diagihkan untuk pembangunan dan penaiktarafan SJKT (bantuan penuh & modal) bermula dari tahun 2006 hingga 2010; dan

Berapakah peruntukkan yang akan diagihkan untuk pembangunan dan penaiktarafan SJKT 5 tahun (2011 hingga 2015) yang akan datang.

ONAM ASHAMSUGAL TO ALL MY MALAYALEE FRIENDS

As the festive occasion of Onam is celebrated all over the world and the atmosphere is filled with the spirit of mirth and love, here's hoping this festival of beauty brings your way, bright sparkles of contentment, that stay with you through the days ahead. Onam Ashamsugal to you, your family and all your loved ones.

Tuesday, August 30, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Say ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kenalan saya yang dekat dan yang berada di jauh sana.

WALAU LANGKAH TAK BERTEMU,
TANGAN TAK BERJABAT,
UCAP TAK TERDENGAR,
MATA TAK BERTATAP,

TAPI IZINKAN HATI MEMOHON MAAF ZAHIR & BATIN

Forgiveness doesn't change the past, but, it certainly brightens the future.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

PKamalanathan

Friday, August 26, 2011

FREE HEALTH SCREENING FOR RESIDENTS OF HULU SELANGOR

18 months Free Health Screening through Partnership with National Kidney Foundation

As the Member of Parliament for Hulu Selangor, I presented a cheque for RM15,000 on the 23rd August 2011 to partner the National Kidney Foundation of Malaysia (NKF) that will offer free health screening to the residents of Hulu Selangor for the next 18 months. This project will commence on 4 September 2011 and will cover 48 locations in Hulu Selangor.

During my daily visits and activities in the constituency, I have come across many cases of the residents who were critically ill due to their lack of awareness to early detection and cure for many of the illness they are suffering from.

The Barisan Nasional government has built many hospitals and clinics in the states, districts and the villages,but the people only go there when they are seriously ill. This initiative from my part and in partnership with NKF is an effort to address this issue by bringing the health screening facilities right to their door steps.

I am also currently in talks with other health-care providers to offer free eye and dental screening for the residents of Hulu Selangor. These are basic health screenings that will go a long way in helping the residents prevent major illness or losing the use of their vital senses.

To attract more people to come for this free health screening clinics, a carnival like atmosphere will be created at 48 locations in Hulu Selangor. In addition to the health screening being conducted at the chosen venues, we will also set-up voter registration counters and financial support counters for the poor in collaboration with SPR and Jabatan Kebajikan Masyarakat respectively.

These awareness and early prevention initiative is primarily for the residents of Hulu Selangor but is open to anybody who wish to enjoy this privilege. I am confident that more than 20,000 people in Hulu Selangor will benefit from this service.

Details of the locations, date and time of this free health screening activity will be put up at my service centres in Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, Kalumpang & Rasa. I will also seek the support and assistance of the community leaders in Hulu Selangor to disseminate and encourage more people to attend this free health screening clinics.

Sunday, July 31, 2011

65th MIC AGM - Resolusi: Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Kerajaan

Menyedari bahawa beberapa resolusi dan cadangan untuk memajukan masyarakat India telah dipanjangkan untuk tindakan kerajaan serta semua agensi-agensi yang berkaitan.

Menghargai pengumuman kerajaan ke atas beberapa keputusan dan pengubalan dasar untuk pembangunan masyarakat India di negara ini;

Diusulkan bahawa kerajaan harus memantau dan mempertingkatkan sistem penyampaian yang mantap dan menyeluruh supaya segala resolusi, keputusan dan arahan berjaya dilaksanakan dengan sepenuhnya selaras dengan Gagasan "1Malaysia".

65th MIC AGM - Resolusi: Pembangunan Ekonomi Masyarakat India

Menyedari bahawa masyarakat India masih ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi negara jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dari aspek pemilikan ekuiti, akses kepada pembiayaan, peluang kontrak, pembangunan usahawan dan rancangan pembangunan ekonomi yang lain.

Mengetahui kaedah pemberian peruntukkan secara "ad-hoc" dan pengagihan ekonomi tidak memuaskan serta tidak dapat mencapai sasaran yang diharapkan;

Adalah diusulkan bahawa sebuah Badan Tumpuan Baru iaitu Lembaga Pemberdayaan Ekonomi India (LPEI) ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan demi merancang dan merangka pelan tindakan yang jelas untuk mengambil tindakan afirmatif untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kaum India sejajar dengan Gagasan "1Malaysia".