Saturday, January 22, 2011

ASRAMA 1 MALAYSIA

KEMASUKKAN KE ASRAMA 1 MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2011


Permohonan untuk memasuki ke Asrama 1 Malaysia dibuka kepada semua pelajar lelaki tingkatan 1 tahun 2011.

Sebanyak 30 tempat diperuntukan untuk murid India.

Kelebihan Program ini

Murid-murid yang diterima masuk ke Asrama 1 Malaysia akan ditempatkan di 3 buah sekolah terpilih di Kuala Lumpur iaitu :

SMK Victoria
SMK Methodist
SMK St. John

Kemudahan penginapan, makanan dan pengangkutan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

Program-program khas seperti Kem Motivasi, program latihan termasuk permainan khusus yang menitikberatkan pembentukan generasi muda berlandaskan semangat 1 Malaysia.


Syarat-Syarat Kemasukan


Memiliki keputusan UPSR 5A atau 7A (pada tahun 2010)
Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2011
Aktif dalam kokurikulum
Daripada keluarga berpendapatan sederhana atau rendah
Perlu mendapatkan pengesahan dari Pengetua
Tarikh Tutup permohnan adalah pada 28 Januari 2011.


Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada ;

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

Tel : 03-8884 9433 Faks : 03-8884 9342

1 comment:

Ilamaran Ramamoorthy said...

YB, how could we instill the spirit of 1Malaysia in the students' minds when the teachers themselves are not "moulded" yet?