Thursday, March 31, 2011

BILAKAH HOSPITAL BUKIT SENTOSA AKAN DIBINA - TERJAWAB.

SOALAN SAYA;

Minta Menteri Kesihatan menyatakan dalam RMK-10, Kementerian telah meluluskan pembinaan satu hospital KK 3 di Bukit Sentosa, Hulu Selangor, bilakah projek ini akan bermula. Adakah Kementerian mempunyai perancangan untuk membina sebuah lagi hospital di kawasan Batang Kali di mana kawasan tersebut mempunyai jumlah penduduk yang ramai.


JAWAPAN DARIPADA Y.B. DATO' SRI LIOW TIONG LAI, MENTERI KESIHATAN

Tuan Yang Dipertua,

Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengemukakan permohonan untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Jenis 3 Bukit Sentosa di Hulu Selangor di dalam Second Rolling Plan Rancangan Malaysia ke-10.

Sekiranya diluluskan projek ini akan di mulakan pada tahun suku tahun kedua 2012 dan di jangka siap pada 2014.

Bagi jangka masa terdekat, terdapat 2 buah klinik 1Malaysia yang telah dibuka di Bukit Sentosa dan Taman Bunga Raya yang telah mula beroperasi sejak Mei 2010.

Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tiada perancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan Batang Kali memandangkan telah terdapat sebuah hospital sediaada iaitu Hospital Kuala Kubu Bharu dan kerajaan merasakan hospital ini masih dapat menampung keperluan penduduk setempat buat masa ini.

MAKLUMAT TERAKHIR: Satu lagi Klinik 1Malaysia telah pun mula beroperasi di Batang Kali.

1 comment:

Moderator said...

Tahniah YB.... harap kerajaan dapat merealisasikan hasrat rakyat di Hulu Selangor dengan segera.