Thursday, March 24, 2011

KEMPEN MY DAFTAR NASIONAL - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Part 2]

PART 2

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam: 

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.

KEMPEN MYDAFTAR NASIONAL

Kempen Mydaftar Nasional adalah satu kempen yang telah dijalankan serentak selama 8 hari bermula 19 Februari 2011 sehingga 26hb Februari 2011 untuk mendokumentasikan masyarakat India yang tidak mempunyai dokumen diri yang sewajarnya.

80 Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di sembilan negeri terpilih (Kedah, Pulau Pinang, Perak Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor)

Sebanyak 14,882 orang telah mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disepanjang tempoh ini.

Daripada ini, seramai 9,568 telah mengemukakan borang permohonan kepada JPN dan sebanyak 5,314 belum menyerahkan borang mereka.

  • Daripada 9,568 borang yang di serahkan;
  • sebanyak 1,867 permohonan berkaitan Sijil Kelahiran,
  • sebanyak 913 berkaitan Kad Pengenalan,
  • sebanyak 6,566 berkaitan Kewarganegaraan, dan;
  • sebanyak 222 berkaitan Perkhawinan dan Penceraian.

Adalah menjadi sasaran Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India untuk menyelesai kes-kes ini dalam tempoh 6 bulan akan datang secara berperingkat.


No comments: