Thursday, March 24, 2011

MASALAH/CABARAN YANG DIHADAPI - SPECIAL IMPLEMENTATION TASK FORCE [Final Part]

FINAL PART

Soalan saya kepada Menteri Sumber Manusia semalam:

Penubuhan Pasukan Petugas Khas Perlaksanaan merupakan usaha murni Kerajaan untuk membantu mengatasi masaalah yang di hadapi oleh kaum India di Malaysia, setakat ini apakah pencapaian Pasukan Petugas ini dan berapa ramai masyarakat kaum India di Malaysia telah menerima bantuan? Apakah masaalah yang di hadapi oleh Pasukan ini untuk mencari penyelesaian.


Penyelesaian kepada cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat India memerlukan intervensi dalam jangkamasa panjang. Apa yang dikenalpasti adalah perubahan minda (Mindset change) amat diperlukanoleh golongan ini dalam menyelesaikan masalah mereka dan bukan setakat mencari jalan mudah dengan mengharapkan wang dari kerajaan semata-mata.

Proses transisi perubahan telah dan sedang berlaku dikalangan mereka dan kesannya dapat dilihat dalam jangkamasa panjang. Diantara usaha yang telah dijalankan adalan pemohon Jabatan Kebajikan Masyarakat kearah berusaha untuk mencari pendapatan melalui Program Azam (melalui Azam Kerja, Azam Tani, Azam Khidmat dan Azam Niaga). Melalui program ini, mereka yang bergantung kepada bantuan kebajikan (Dependent Welfare) dapat digerakan kepada mereka yang produktif melalui inisiatif kebajikan (Productive Welfare).

Peluang meningkatkan pendapatan melalui pinjaman Mikro untuk berniaga, menyertai program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Program TEKUN juga giat dijalankan. Peluang mendapatkan pekerjaan melalui sistem Jobs Malaysia. Mengalakkan menyertai skim kemahiran latihan menerusi Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).


No comments: