Monday, March 28, 2011

PLEASE ENSURE THAT DEEPAVALI HOLIDAYS & UNIVERSITY EXAMS DOES NOT CLASH

I raised an issue which was brought up to me by students in the IPTA who complained that their exams always clashed with Deepavali celebrations and that they could not celebrate Deepavali with their loved ones, following are the transcripts of the debate between me and Y.B. Dato' Saifuddin bin Abdullah.


DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH [TIMBALAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI]

Tuan Yang di-Pertua, untuk menjawab Yang Berhormat Hulu Selangor berkenaan jadual peperiksaan yang tidak mengambil kira perayaan Deepavali.

Ingin saya maklumkan bahawa Kementerian sememangnya prihatin dalam isu ini dan bukan hanya Deepavali, perayaan-perayaan lain juga. Oleh yang demikian, IPT telah dinasihatkan menjadualkan semula peperiksaan terakhir semester bukan Julai sesi 2010-2011. Itu yang timbul sedikit dahulu dengan mengambil kira perkara berikut:-

i. Kebajikan dan keperluan pelajar serta pentadbiran universiti termasuk berkaitan minggu ulang kaji dan tempoh peperiksaan; dan

ii. perancangan aktiviti-aktiviti pelajar selepas seminggu peperiksaan. Antaranya ialah proses pemarkahan dan pengesahan keputusan peperiksaan pelajar, jangka masa latihan industri, kerjasama dengan sektor kerajaan dan swasta serta tarikh permulaan semester kedua.

Ekoran itu, hampir semua IPTA telah menjadualkan semula peperiksaan akhir di universiti masing-masing untuk memberi peluang kepada pelajar bercuti sempena perayaan hari Deepavali.

P.KAMALANATHAN a/l P.PANCHANATHAN [Hulu Selangor]

Minta laluan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Tuan Yang di-Pertua, minta laluan. Terima Kasih.

Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian dan juga Yang Berhormat Timbalan Menteri kerana sudi memberi perhatian atas masalah ini. Saya berharap kerana walaupun masalah ini pada pendapat kementerian telah diselesaikan , malah ada IPTA-IPTA di luar sana tidak mengamalkan arahan ini. Maka masih wujud. Saya harap pihak kementerian dapat menghantar satu surat pekililing untuk memastikan perkara seumpama ini tidak berulang lagi. Sekian, terima kasih.

DATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAH

Terima Kasih. Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya surat pekeliling itu telah dikeluarkan tetapi saya berterima kasih atas maklum balas ini dan kita akan pantau apa yang sebenarnya berlaku di bawah.

1 comment:

Anonymous said...

Hello YB,

What is your stand on the Interlok issue? It seems that MIC is very happy with Muhyiddin's answer.