Tuesday, April 5, 2011

RANG UNDANG-UNDANG JURUANALISIS MAKANAN 2010


Berikut adalah ucapan saya semasa pendebatan Rang Undang-Undang Juruanalisis Makanan 2010.

Walaupun, saya bukan pakar dalam bidang ini, namun saya rela belajar daripada mereka yang lebih mahir dan yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu, seperti dalam Rang Undang-Undang ini.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan (Dr. R Amutha, En. Ikhmal Hassan, En. Shukor Adam dan  Mr. Lee C T) yang membantu saya untuk memberi maklumat dan intipati untuk ucapan saya. 

1. Akta ini memang di perlukan dan ianya menepati masa.

2. Hukuman berat kepada Juruanalisis Makanan tanpa tauliah memang di alu-alukan. Rang undang-undang ini akan membantu kerajaan untuk memastikan hanya mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang secukupnya dapat mengamalkan tanggung-jawab Juruanalisis Makanan.

3. Rang undang-undang ini juga akan memberi kebahagiaan kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mengikuti ijazah berkenaan di IPTA/IPTS - kini mereka boleh berasa lega kerana mereka akan mendapat peluang untuk mencari kerja dalam bidang kepakaran mereka.

4. Dalam rang undang-undang ini; Fasal 13:2 memberi kuasa kepada Majlis untuk melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan dibawah subseksyen (1), saya ingin mencadangkan agar Kementerian hanya melantik mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang yang kena-mengena dengan tanggungjawab Juruanalisis Makanan.

5. Mengenai Fasal 19 (1) (ii); Dalam perkara Permohonan bagi Pendaftaran; Akta ini pula mencadangkan agar apa-apa ijazah lain dalam sains dalam apa-apa bidang yang berkaitan yang di luluskan oleh Majlis. Saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian mengapa harus akta ini menerima apa-apa ijazah lain dalam Sains sedangkan akta ini khusus kepada pemegang Ijazah Teknologi Makanan.

6. Fasal 38 pula yang memberi kuasa untuk memasuki premis, memeriksa dan menyita dokumen, dsb. Bagi saya, walaupun hasrat Kementerian ialah untuk memastikan kakitangan yang terlibat dalam Industri Juruanalisis Makanan alert dan harus sentiasa berada dalam keadaan siap sedia dan tidak melakukan sebarang kesalahan kerana mereka boleh diserbu bila-bila masa, oleh yang demikian mereka akan berhati-hati. Saya khuatir, akan ada penyalahgunaan kuasa oleh satu dua pegawai penguatkuasa dan ini kemudiannya ia akan membawa masalah kepada Majlis dan juga Kementerian, oleh yang demikian saya berharap agar Kementerian mengujudkan satu sistem check and balance supaya kuasa yang di beri ini tidak akan to salah guna oleh pegawai penguat kuasa.

7. Fasal11 (1) pula, notis mesyuarat majlis harus di buat malalui notis bertulis kepada anggota-anggota majlis, memandangkan budaya ICT merupakan satu budaya yang dipraktikan oleh Kerajaan, maka saya ingin mencadangkan agar Kementerian dapat memasukan dalam undang-undang ini supaya notis melalui email juga boleh dihantar, sekarang ada masanya kita menerima jemputan ke mesyuarat melalui SMS pun. 

Itu sahaja yang saya ingin katakan dalam pendebatan saya, saya ucapkan terima kasih kepada YB Datuk Timbalan Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk melibatkan diri saya dalam membahaskan rang undang-undang Juruanalisis Makanan 2010.


No comments: