Wednesday, May 11, 2011

'PAS HULU SELANGOR KESAL TINDAKAN MENTERI BESAR SELANGOR' - BERITA EHSAN SINAR HARIAN 11HB MEI 2011

Pas kesal keputusan MB

BUKIT TARIK - Ketika Kerajaan Negeri kekal dengan keputusannya untuk meneruskan operasi memusnahkan penempatan dan tanaman penduduk di Kampung Sungai Kerandang di sini, mantan Yang Dipertua Pas Hulu Selangor pula bangkit menyuarakan kekesalannya sekiranya operasi diteruskan.

Abdul Wahid Basri yang kini memegang Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Selangor berkata, keputusan itu berbeza daripada hasrat asal kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang mahu membela nasib Melayu khususnya melibatkan pemilikan tanah.

“Menurut makluman Menteri Besar sebelum ini dan di mana-mana kempen pilihan raya, beliau akan membela nasib semua kaum khususnya melibatkan pemilikan tanah di negeri ini.

“Tapi kalau (operasi ini) diteruskan juga, amat malang bagi penduduk dan ia akan memberi kesan buruk terhadap pentadbiran Kerajaan Negeri seperti mana yang pernah berlaku kepada kerajaan terdahulu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, hasil perbincangan bersama wakil penduduk dan pihak berkuasa termasuk Penolong Pengarah Penguatkuasa Hutan, Mohd Yussainy Mohd Yusop, hanya membenarkan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) membaik pulih 4.4 hektar tanah yang belum produktif daripada 354 hektar keluasan asal operasi berkenaan.

Sementara itu, selebihnya termasuk penempatan penduduk dan tanaman ditangguh seketika dan rayuan kepada Menteri Besar masih boleh diusahakan.

Dalam pada itu, Ketua Kampung berkenaan, Kasani Kameran, 76, berkata, kuasa mengesahkan dan membatalkan operasi itu terletak pada JPNS.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah YB akaml kerana sanggup turun padang membantu penduduk-penduduk yang bakal dirobohkan rumah-rumah mereka di Sg Keradang.

Saya masih ingat lagi tahun 70an, kalau ada kes sebegini makan akan datanglah gulongan sosialis yang akan turun padang membantu rakyat. Tetapi sekarang gulongan ini sudah bersekongkol dengan PR. Sosialis sudah jadi sosialis bisu!

Mengapa tidak kita bawa sahaja kes ini ke mahkamah untuk sekurang-kurangnya di lambatkan tindakan? InsyaAllah jika berjaya dilewatkan sehingga selepas PRU 13 nanti, perintah meroboh ini akan dapat di tarik balik kerana kerajaan BN (yang sudah pasti lebih mesra rakyat) akan terbentuk semula di Selangor.

Anonymous said...

Soalan tambahan untuk YB

Telah tersebar berita yang mengatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mewajibkan pemasangan plet nombor kereta bermikrocip tak lama lagi. Apakah berita ini betul. Jika benar, siapakah syarikat atau syarikat-syarikat yang akan di berikan kebenaran untuk menukar plet nombor kereta ini?

Hj. Yaziz Yunus