Wednesday, June 15, 2011

JAMBATAN SG. BATANG KALI DI JANGKA DI PERBAIKI DALAM TEMPOH SEPARUH KEDUA RMKe-10

Ahli Parlimen Hulu Selangor minta Menteri Kerja Raya menyatakan adakah perancangan dalam RMKe-10 untuk melebarkan jambatan Batang Kali di Laluan Persekutuan 1 (FT001) yang sempit dan sering menyebabkan berlakunya kesesakan terutama pada waktu puncak dan musim perayaan dan berapakah anggaran kos kerja pelebaran tersebut.

Jawapan YB Menteri Kerja Raya;

Cadangan untuk menggantikan jambatan di atas Sg. Batang Kali di Jalan Persekutuan 1 Hulu Selangor sememangnya merupakan antara projek yang telah dikenal pasti untuk dilaksanakan di bawah Program Penggantian Jambatan-Jambatan Usang di seluruh negara dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10. Anggaran kos bagi projek penggantian jambatan ini ialah sebanyak RM6 juta, termasuk melebarkan jalan tuju dan susur keluar masuk.

Dalam Tempoh Separuh Kedua RMKe-10 ini, Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan keseluruhan sebanyak RM500 juta untuk melaksanakan program Penggantian Jambatan-Jambatan Usang di seluruh negara.

Pada masa kini Jabatan Kerja Raya (JKR) baru sahaja selesai menjalankan kajian terhadap 564 jambatan di Jalan Persekutuan seluruh negara dan mendapati sekurang-kurangnya terdapat 90 jambatan sempit dan usang yang perlu digantikan secara berperingkat-peringkat, termasuk jambatan di atas Sg. Batang Kali ini - dengan anggaran kos keseluruhan projek ialah sebanyak RM313 juta.

Walau bagaimana pun, pelaksanaan program ini tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri dan peruntukan dari Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

1 comment:

Anonymous said...

Dey MP lu pun kaki bodek. Pandikutti.