Sunday, July 10, 2011

KAD LAPURAN TAHUN PERTAMA - PENDIDIKAN & LATIHAN



Tindakan / Pencapaian

 Menghadiri majlis penyampaian cek kepada SJKC Rasa oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya. Majlis ini dijalankan selepas 72 jam kemenangan pilihanraya kecil Hulu Selangor untuk menunaikan janji pilihanraya kecil.


 Mengadakan program tuisyen percuma kepada pelajar UPSR dan PMR dengan inisiatif membantu pelajar-pelajar yang miskin atau ketinggalan dalam pelajaran sekolah mencapai keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan awam sekaligus memperolehi peluang yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran ke tahap pengajian tinggi di samping meningkatkan taraf kehidupan keluarga masing-masing pada masa depan.


 Menganjurkan Seminar Motivasi kepada 80 pelajar PMR di Bukit Beruntung dilaksanakan atas pandangan dan cadangan beberapa pihak antaranya pihak yang melihat motivasi diri di kalangan pelajar PMR perlu ditingkatkan. Pelajar didedahkan dengan pelbagai ‘tips’ dan panduan menjawab soalan yang merangkumi pelbagai elemen serta teknik menghadapi peperiksaan.


 Menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang UPSR 2010 diadakan untuk menghargai 332 murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik sepanjang tahun 2010 mengikut kategori Sekolah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina yang berjaya mendapat 5A dan 7A.


 Penyerahan Ring fail yang untuk semua murid tahun 1, di semua sekolah Rendah daerah Hulu Selangor. Sebanyak 4800 fail telah diedarkan


 Mengadakan taklimat ‘Kursus Khas ’ diadakan bagi memberi peluang menyertai kursus Pastri dan Penyediaan Makanan dengan kerjasama Kolej Spetronic dan Yayasan Strategik Sosial


 Menganjurkan makan malam bersama guru-guru dikawasan Hulu Selangor. Makan malam tersebut dianjurkan mengikut tiga Dewan Undangan Negeri dengan tujuan untuk mengenali para pengajar dengan lebih rapat lagi.


 Menghadiri majlis penyerahan cek cek peruntukan Perdana Menteri berjumlah RM1.5 juta untuk pembinaan dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Serendah (SJKC Serendah) oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri


 Mengadakan perjumpaan dengan pengarah Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor Tn. Hj. Mat Jah bin Roslan untuk berkongsi maklumat dan pendapat bagi memantapkan tahap pendidikan di kawasan Hulu Selangor.


 Melawat tapak pembinaan SJK(T) Serendah yang bakal dibina


 Melawat SJK(C) Bukit Tangga yang baru dibina dengan Timbalan Menteri Pelajaran YB Datuk Dr Wee Ka Siong. Sekolah tersebut mempunyai 250 pelajar


 Menghadiri dan merasmikan program kerja amal oleh pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) di Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya KIRTARSH, Bukit Beruntung


 Menghadiri dan menyediakan peruntukan untuk program-program sekolah seperti Sukan Tahunan,Mesyuarat Agung PIBG, Sambutan Hari Guru, Kursus Motivasi sebagainya


 Memberi peruntukan untuk kerja pembaikpulihan di beberapa sekolah


 Memberi sumbangan pakaian sekolah dan alat tulis kepada 300 pelajar Tahun 1 seluruh Hulu Selangor


 Membayar yuran sekolah kepada 250 murid sekolah rendah


 Membayar yuran bas sekolah kepada 200 murid sekolah rendah dan menengah


 Menghulurkan bantuan kewangan saguhati kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan kolej


 Melawat Kolej Komuniti di Batang Kali untuk mengetahui kursus yang ditawarkan dengan lebih lanjut supaya dapat mengalakkan lebih ramai penduduk Hulu Selangor dapat mengikuti kursus yang ditawarkan.


 Melawat dan merasmikan Kampus Utama Pusat latihan kemahiran Septronic Skills Training Centre (SSTC) di Bukit Beruntung. Pusat latihan kemahiran Septronic Skills Training Centre (SSTC) telah dibangunkan untuk membolehkan penuntut penuntut yang bermotivasi, dedikasi dan komited untuk mengikuti kursus kemahiran.


 Menganjurkan Ekspo Pendidikan 2011 di Batang Kali, Felda Sungai Tengi dan Rasa untuk memberi bimbingan kepada pelajar lepasan SPM dan STPM. Sebanyak 14 kolej telah mengambil bahagian untuk mempromosikan kursus yang ditawarkan. Tambahan khidmat nasihat untuk pelajar juga disediakan


Sasaran
 Membangunkan Hulu Selangor sebagai Hub Pendidikan
 Menambah kemudahan latihan kemahiran bagi masyarakat tempatan
 Mendapatkan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Serendah
 Menghantar kek kepada semua sekolah di Hulu Selangor (termasuk sekolah KAFA) sempena hari Guru pada 16 Mei 2011 sebagai tanda penghargaan kepada tenaga pengajar
 Melancarkan satu projek untuk melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM
 Mengadakan kelas bimbingan kepada pelajar STPM sebagai persediaan menjejakkan kaki ke IPT. Kelas bimbingan ini akan diadakan oleh pelajar IPTA berhampiran
 Meningkatkan jumlah pelajar dalam program tuisyen percuma
 Menganjurkan lebih banyak ceramah dan seminar motovasi bagi meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar kawasan Hulu Selangor
 Melancarkan program subsidi yuran bas sekolah kepada pelajar-pelajar miskin (dalam perbincagan)
 Menganjurkan Kempen Kesedaran Gaya Hidup Sihat dan Pemakanan Seimbang kepada pelajar-pelajar sekolah rendah
 Mewujudkan beberapa Sekolah Kluster di kawasan Hulu Selangor
 Menganjurkan Ekspo Pendidikan dan Kerjaya di lebih banyak lokasi
 Memperkenalkan bantuan biasiswa Hulu Selangor (Dalam perbincangan dengan beberapa kolej)

No comments: