Tuesday, June 14, 2011

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT GAGAL BANTU PENDUDUK SRI KLEDANG, HULU BERNAM


Selaku Ahli Parlimen Hulu Selangor saya meminta Menteri Kerja Raya menyatakan status permohonan menaik taraf Jalan Sri Kledang di Hulu Bernam yang telah dipohon di dalam RMK-10, bilakah projek itu akan dimulakan Dan berapakah peruntukan yang telah diluluskan bagi projek menaik taraf jalan tersebut.


Jawapan daripada YB Menteri

Jalan B44 dari persimpangan Kg. Seri Keledang ke Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baru sepanjang 10.5 kilometer satu lorong dua hala itu terletak di bawah kategori Jalan Negeri.

Kementerian Kerja Raya sememangnya mengambil maklum mengenai keadaan jalan tersebut yang tidak disenggara dengan baik sehingga menimbulkan kesulitan kepada pengguna di Kawasan tersebut. Sehubungan itu, kementerian ini melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah melaksanakan audit pemeriksaan dan mendapati jalan berkenaan perlu dibaik pulih secara keseluruhan dengan menggunakan kaedah pembinaan semula (reconstruction). Anggaran kos projek terlibat ialah sebanyak RM18 juta. Walaupun projek ini di luar dari tanggungjawab Kementerian Kerja Raya, namun atas dasar keprihatinan dan kepentingan orang awam, kementerian ini akan berbincang terlebih dahulu dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk tindakan selanjutnya sebelum berusaha mendapatkan peruntukan khas dari Kementerian Kewangan.

Untuk makluman, kerja-kerja penyelenggaran Jalan-Jalan Negeri terletak bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri yang terlibat, iaitu menggunakan peruntukan MARRIS atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia. Peruntukan ini sememangnya disalurkan kepada Kerajaan Negeri pada setiap tahun dengan mengambil kira rekod pendaftaran dan jarak kilometer Jalan Negeri yang terlibat.

1 comment:

ro said...

maaf kan saya bukankah jln yg menhubungkan skc ke gedangsa dan sabak bernam ni telah rosak dr zaman pemerintah dato idris lg,adakah selepas pakatan rakyat memerintah baru ade suara2 yg sedmikian rupa..