Sunday, July 31, 2011

65th MIC AGM - Resolusi: Skim Perumahan Khas untuk Masyarakat India

Menghargai inisiatif YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak melancarkan kempen pemilikan rumah sendiri.

Menyedari isu perumahan khususnya bagi menangani masalah perumahan penghuni rumah panjang, bekas pekerja ladang, setingan dan kumpulan kurang berkemampuan disebabkan masalah kemiskinan kritikal yang semakin berpanjangan tanpa sebarang penyelesaian yang dapat menjamin masa depan mereka;

Adalah diusulkan bahawa, kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu mekanisma khas bagi membantu golongan yang tersebut seperti di atas untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

No comments: