Monday, October 24, 2011

HANYA 17.1% RAKYAT NEGERI SELANGOR MENERIMA BEKALAN AIR PERCUMA SETAKAT 31HB DISEMBER 2010

Soalan saya kepada YB Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air pada 29hb Mac 2011 mengenai isu pemberian air percuma Di Negeri Selangor Darul Ehsan;


Minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan berapa peratusan meter pukal yang di tukar kepada meter individu sepanjang tahun 2010 oleh SYABAS di negeri Selangor bagi membolehkan rakyat menikmati pemberian air percuma oleh Kerajaan Negeri. Maklumat pecahan berdasarkan kepada setiap kawasan Parlimen.

Jawapan;

Tuan Yang Dipertua, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah pun melaksanakan program pemasangan meter individu bagi pengguna-pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi bangunan kediaman bertingkat dan komuniti berpagar sedia ada serta projek pembangunan baru berdasarkan permohonan yang dibuat oleh pihak pengurusan kediaman masing-masing.

Pemasangan meter individu dibuat setelah pihak pengurusan berkenaan mematuhi aspek teknikal yang ditetapkan oleh operator bekalan air.

Tuan Yang Dipertua, Sehingga 31 Disember 2010, jumlah permohonan pertukaran meter pukal kepada meter individu yang telah diterima dan diproses oleh pihak Syabas ialah sebanyak 1,130 permohonan yang melibatkan 219,739 unit premis kediaman bertingkat.

Daripada jumlah permohonan tersebut, sebanyak 37,523 unit premis kediaman atau 17.1 peratus telah mendapat bekalan air melalui meter individu dan seterusnya melayakkan mereka untuk menikmati pemberian air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Tuan Yang Dipertua, Maklumat pecahan program penukaran meter pukal kepada meter individu ini diuruskan mengikut wilayah pentadbiran kawasan bekalan air Syabas. Oleh itu, izinkan saya memaklumkan Ahli Yang Berhormat bahawa pecahan bilangan permohonan meter individu yang diluluskan bagi premis kediaman bertingkat dan komuniti berpagar mengikut wilayah yang diuruskan oleh SYABAS bagi tahun 2010 adalah seperti berikut:

Wilayah - Bilangan Meter Individu Yang Diaktifkan

KUALA LUMPUR - 5,480

GOMBAK - 1,804

PETALING - 9,124

KLANG - 2,821

HULU LANGAT - 3,465

HULU SELANGOR - 7,304

SEPANG - 6,956

KUALA LANGAT - 478

KUALA SELANGOR - 40

SABAK BERNAM - 48

JUMLAH - 37,523

1 comment:

Poobalan said...

i think the title is a misleading fact because the Ministry's reply stated 17.1% of the received application for meter conversion in 2010 (not setakat 31 dec 2010 which implied accumulated figures up to 31 dec 2010) is getting free water. It doesn't state that 17.1% of ALL households in Selangor.

can we get statistics of how many individual meters in selangor qualifies for free water as of certain date (say 30th oct 2011)? that would be more accurate as it will include all the existing households.