Saturday, November 12, 2011

BENARKAH PENDAPAT MASYARAKAT TEMPATAN GEBENG TIDAK DI AMBIL KIRA DALAM ISU LYNAS?

Projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. diluluskan lesen pengilangan selepas Kerajaan menilai aspek keselamatan awam berdasarkan kepada dua Akta yang berkaitan iaitu:

• Akta Pelesenan Tenaga Atom, 1984 di bawah Lembaga Pelesanan Tenaga Atom (LPTA); dan

• Akta Kualiti Alam Sekitar, 1970 di bawah Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Standard keselamatan dan amalan baik yang dikuatkuasakan oleh dua badan penguatkuasa tersebut adalah sama atau setara yang diiktiraf antarabangsa.

Walau bagaimanapun, ekoran kebimbangan masyarakat tempatan berhubung dengan keselamatan projek tersebut, satu Panel Pakar Bebas Antarabangsa telah dilantik oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) untuk mengkaji semula semua aspek kesihatan dan keselamatan projek ini.

Anggota panel yang terdiri daripada 9 orang pakar dari IAEA, Kanada, India, United Kingdon, Belanda dan Afrika Selatan telah melawat Malaysia dan 29 Mei hingga 3 Jun 2011 dalam misi mencari fakta yang turut melibatkan penjumpaan dengan pihak awam termasuk persatuan penduduk, kumpulan komuniti, organisasi bukan kerajaan, badaan profesional dan parti politik, bagi mendapatkan pandangan-pandangan.

Pada 30 Jun 2011, Panel Pakar telah mengemukakan laporan lengkap di mana antara penemuan utama ialah Syarikat Lynas sehingga kini telah mematuhi standard keselamatan radiasi yang digariskan oleh LPTA dan JAS. Laporan tersebut turut menyatakan bahawa undang-undang dan peraturan Malaysia berhubung dengan keselamatan radiasi adalah komprehensif dan mematuhi standard keselamatan IAEA.

Panel Pakar telah mengemukakan 11 saranan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pihak awam dan alam sekitar terpelihara. Kerajaan menerimapakai semua saranan dalam laporan Panel tersebut dan akan memastikan kesemuanya dilaksanakan.

Lynas juga perlu mengemukakan plan pengurusan sisa untuk kelulusan LPTA sebelum dibenarkan memulakan operasi. Pelan ini akan diedarkan untuk pengetahuan pihak awam apabila ianya diluluskan kelak.

No comments: