Friday, December 2, 2011

SYOR 2 PSC: PENGUNDIAN AWAL

2.1 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pengundian awal tiada diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang berhubung dengan pillihan raya.

2.2 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa pengundian awal bermaksud pengundian yang dijalankan pada tarikh yang lebih awal dari tarikh pengundian biasa.

2.3 Jawatankuasa mengesyorkan bahawa kategori pemilih yang dibenarkan mengundi awal adalah terdiri daripada golongan anggota tentera dan pasangan serta anggota polis.

2.4 Jawatankuasa mengesyorkan mana-mana anggota tentera dan polis tidak termasuk pasangan yang tidak dapat mengundi awal kerana bertugas di perbatasan dan lapangan hendaklah memohon untuk mengundi secara pos.

2.5 Jawatankuasa mengesyorkan supaya seorang yang diperakui oleh SPR sebagai seorang pegawai pilihan raya dan kena menjalankan tugas pada hari mengundi (Peraturan 3 (1) (b), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos ) 2003) dan seorang anggota SPR yang dilantik dibawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan (Peraturan 3 (1) (e), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos )2003) sebagai kategori pemilih yang boleh dibenarkan mengundi awal serta meluaskan kategori pengundi awal kepada doktor, jururawat dan wartawan.

2.6 Tatacara pelaksanaan pengundian awal hendaklah menjamin ketelusan seperti proses pengundi awam oleh SPR.

2.7 Jawatankuasa mengambil maklum bahawa apa-apa syor untuk mengubah peraturan sedia ada berhubung dengan pengundian awal akan melibatkan pindaan kepada peraturan-peraturan yang berkaitan.

No comments: