Friday, January 13, 2012

SYARAT-SYARAT BAGI RAKYAT DI LUAR NEGARA UNTUK MENDAFTAR & MENGUNDI PADA PILIHAN RAYA - UNITED KINGDOM

Syarat Mendaftar/Mengundi

1. Mesti memohon untuk menjadi Pengundi Tidak Hadir (Absentee Voter) iaitu samada sebagai pengundi pos atau pengundi proksi (proxy voting).

2. Pengundi perlu dapatkan pengesahan mengenai keberadaan beliau di luar negara daripada pihak pejabat Kounselor atau daripada mana-mana warganegara U.K. di negara beliau berada.

3. Nama pengundi perlu berada dalam senarai daftar pemilih bagi tempoh tidak kurang daripada 5 tahun semasa permohonan menjadi Pengundi Tidak hadir dibuat.

Sistem Pilihan Raya: First Past The Post (FPTP)

Kaedah Mengundi:

1. Secara Pos.

2. Kertas undi di hantar 7 (tujuh) hari sebelum tarikh mengundi dan perlu sampai kembali kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sebelum waktu pengundian tamat.

3. Kertas undi boleh dihantar secara pos atau secara serahan sendiri ke pusat pengundian berkaitan.

No comments: